Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi

Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi

Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi. Walaupun arahan sitaan sudah dikeluarkan namun pengusaha tapak pesta ria (fun fair) berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, masih berdegil meneruskan operasi hingga menyebabkan tiga pengunjung cedera semalam.

Dalam kejadian itu, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan ‘Sotong Ride’ berpusing.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat berkata, sitaan dilakukan pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan.

Katanya, selain beroperasi secara haram, tapak pesta ria itu juga tidak mendapat kebenaran MPKS, selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Pengusaha tapak pesta ria itu ada membuat permohonan permit daripada MPKS. Namun kita tidak meluluskannya dan menyita lokasi itu.

Fun Fair degil : Sudah disita namun masih beroperasi

“Bagaimanapun, pihak berkaitan masih berdegil untuk beroperasi bermula Sabtu lalu (10 Disember) hingga mengakibatkan berlaku insiden malang itu,” katanya selepas meninjau tapak pesta ria itu, hari ini.

FUN fair berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam sudah disita pihak berkuasa. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.

FUN fair berhampiran Eco Grandeur, Puncak Alam sudah disita pihak berkuasa. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin.

Rahilah berkata, pengusaha terbabit hanya mendapat kebenaran daripada pemilik tapak atau tanah, namun bukannya MPKS.

Sehubungan itu katanya, MPKS turut memberi notis kompaun kepada pengusaha tapak pesta ria itu mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

“Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

“Tapak pesta ria itu turut diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya,” katanya.

Sehubungan itu, Rahilah menasihati semua pihak supaya mematuhi arahan ditetapkan dan tidak beroperasi tanpa permit sah seumpama itu.

Katanya, kejadian seperti itu boleh dielakkan jika arahan pihak berkuasa dipatuhi sejak awal ketika sitaan dilakukan.

BACA:

Pekerja kilang didenda kerana hina Agong, Permaisuri

Jawatan kosong di Mydin, mohon segera

Pakai kostum buaya untuk usik buaya, akhirnya ini terjadi