Gadis ini dipukul sampai mati hanya kerana seluar jeans

Gadis ini dipukul sampai mati hanya kerana seluar jeans

Seorang gadis dari Uttar Pradesh, India meninggal dunia selepas disyaki dipukul oleh ahli keluarganya, kerana mangsa memakai seluar jean ketika menyertai upacara keagamaan.

BBC News melaporkan, mangsa, Neha Paswan, 17, yang menetap di Kampung Savreji Kharg, Deoria Uttar dipukul hingga mati dengan kayu.

Insiden tu berlaku selepas datuk dan bapa saudara Neha tidak senang melihatnya memakai seluar jean.

NEHA Paswan. FOTO Agensi

Ibunya, Shakuntala Devi Paswan berkata, Neha memakai seluar jean di rumah ketika melakukan upacara keagamaan.

“Neha tidak makan sepanjang hari kerana mengikut ajaran agama.

BACA : Tular video pakcik gelandangan dihina, cetus kemarahan Aaron Aziz

“Pada sebelah petang, dia menyertai upacara keagamaan dengan memakai baju dan seluar jean.

“Apabila datuknya menegur, Neha menjawab yang seluar jean dibuat untuk dipakai dan itu yang dilakukannya,” katanya.

Berikutan itu, Neha dipukul dan datuknya ada memberitahu ahli keluarga lain supaya tidak masuk campur.

Ahli keluarga yang tidak terbabit memukul mangsa kemudian memanggil pengayuh beca untuk membawa Neha yang tidak sedarkan diri ke hospital.

Bagaimanapun, mayat Neha tergantung di atas jambatan dan polis mengesyaki pengayuh beca itu cuba membuang jasad gadis berkenaan.

“Mereka tidak benarkan saya ikut sama jadi saya ingatkan saudara-mara yang ke hospital untuk mencari Neha, tetapi gagal menemuinya,” kata ibu mangsa.

Difahamkan, mayat Neha ditemukan tergantung di atas jambatan yang melintasi sungai Gandak.

Susulan itu, 10 ahli keluarga Neha ditahan dan didakwa atas pertuduhan membunuh serta cubaan menghapuskan bukti.

Mereka ditahan termasuk datuk, bapa saudara dan pengayuh beca yang dipercayai turut bersubahat.

Menurut Shakuntala, Neha dan datuknya sebelum ini sering bertengkar kerana anaknya cenderung memakai pakaian moden berbanding busana tradisional India.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/736041/dipukul-sampai-mati-kerana-jean

COMMENTS