Gadis “Kantoi ” sewa bilik tanpa mahram bagi alasan PKPB

Gadis “Kantoi ” sewa bilik tanpa mahram bagi alasan PKPB

Dua pasangan dicekup berkh4lwat di bilik berasingan di sebuah bangunan yang dijadikan bilik sewa di Jalan Langgar, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) serentak dalam operasi jam 12.34 tengah malam berdasarkan maklumat dan risikan.

Dalam serbuan itu, seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang menetap di sekitar bandar raya ini memberi alasan tidak sempat pulang ke rumah kerana lewat malam dan menumpang di sebuah bilik disewa bersama rakan lelakinya.

Malah, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu mengakui baru mengenali lelakinya yang berusia 21 tahun itu.

Sementara itu, serbuan di bilik bersebelahan pula menemui pasangan berusia 18 dan 19 tahun yang gagal menunjukkan sebarang bukti hubungan mahram atau suami isteri.

Bagi Alasan PKPB

Remaja perempuan itu mend4kwa dia baru pulang bekerja dan tidak mempunyai surat kebenaran pulang ke rumah di Jitra disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan dia menyewa di situ bersama pasangannya.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun p3njara atau kedua-duanya sekali.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Alor Setar untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.

“Mereka kemudian diberi tarikh untuk hadir ke pejabat agama sebelum perbicaraan di Mahk4mah Rendah Syariah berdasarkan kesal4han yang dilakukan,” katanya

PKPB: Apa yang boleh, apa yang tidak

 

Sumber:https://kisahdunia.com/remaja-kantoi-menyewa-dengan-teman-lelaki-pkpb-pula-dijadikan-sebagai-alasan/

COMMENTS