Gajah jantan berjaya ditangkap Perhilitan Pahang

Gajah jantan berjaya ditangkap Perhilitan Pahang.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berjaya menangkap seekor gajah jantan di kawasan jalan balak sekitar Kampung Orang Asli Simoi Lama dekat Lipis pada Selasa.

Perhilitan Pahang dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, haiwan liar tersebut berjaya ditangkap kira-kira jam 12 tengah hari selepas operasi dijalankan sejak Ahad lalu.

“Seramai lapan kakitangan Perhilitan telah ke lokasi bagi menjalankan operasi terbabit susulan tular haiwan liar itu dilaporkan berada di kawasan tersebut.

“Gajah jantan dewasa ini bersaiz kira-kira 43 sentimeter (diameter kaki) dan berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Tambah jabatan itu lagi, operasi pemindahan gajah tersebut ke habitat asal akan dijalankan dalam masa terdekat.

BACA JUGA:

Perkampungan PATI dilengkapi warung, surau digempur

Tumpuan parlimen hari ini berkait isu pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing

Penduduk bimbang seekor buaya tembaga berjemur berdekatan tempat kanak-kanak bermain

+ posts