Gambar profil, ‘Last Seen’ kini boleh ditutup, ciri terbaru untuk pengguna Whatsapp

Gambar profil, ‘Last Seen’ kini boleh ditutup, ciri terbaru untuk pengguna Whatsapp.

WhatsApp kini memperkenalkan ciri privasi baharu kepada para pengguna, menawarkan lebih kawalan dan had untuk siapa yang boleh melihat gambar profil, “Last Seen” dan juga WhatsApp Status yang dikongsikan.

Ciri ini sebelum ini telah diuji dalam peringkat beta, dan kini WhatsApp telah mula memperkenalkan ia kepada semua pengguna seluruh dunia.

Gambar profil, 'Last Seen' kini boleh ditutup, ciri terbaru untuk pengguna Whatsapp

Kini, apabila anda ke halaman tetapan di WhatsApp, anda boleh memilih siapa yang boleh melihat gambar profil, Status dan juga “Last Seen” anda – sama ada terbuka kepada semua, hanya rakan taulan sahaja, atau tidak boleh dilihat oleh sesiapa.

Anda juga turut boleh memilih untuk mengehadkan ia daripada beberapa pengguna terpilih.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh melakukan perubahan pada tetapan anda hari ini dengan ke menu, Account > Privacy hari ini.

BACA:

Hanya guna 3 bahan ni je, bantal penuh ‘peta’ kembali putih, ramai yang dah cuba!

Pesan ‘orang lama’ minum air pangsa lepas makan durian, ini penjelasan pakar

Guru ini dedah penipuan sistem pendidikan, tak tahan dipaksa dan nekad bersara awal

+ posts