Gara-Gara Kerajaan Umumkan “Lockdown” Satu Negara, Rakyat Turun Ke Jalanraya

Gara-Gara Kerajaan Umumkan “Lockdown” Satu Negara, Rakyat Turun Ke Jalanraya

Penduduk beberapa negara di Eropah turun di jalanan dan melakukan tunjuk perasaan beramai-ramai membantah arahan perintah berkurung ekoran penularan Covid-19.

Di Copenghagen, Denmark, sekumpulan penunjuk perasan membakar patung Perdana Menteri, Mette Frederiksen sebagai tanda protes.

Sebelum itu, pimpinan negara itu mengarahkan perintah berkurung diadakan bagi mengelak penularan pandemik yang memberi kesan buruk kepada ekonomi di negara berkenaan.

Patung Perdana Menteri, Mette Frederiksen dibakar di Copenhagen, Denmark. foto agensi

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan telah mengesahkan sebanyak lima penunjuk perasaan itu telah ditahan.

Sementara itu, di Amsterdam, Belanda pula berlaku rusuhan berlaku pada Ahad lalu ketika demonstrasi membantah perintah berkurung.

Ia ekoran tindakan kerajaannya  menutup restoran, bar, sekolah dan kedai bagi membendung penularan pandemik yang sama.

Pihak berkuasa tempatan turut mengesahkan, pusat saringan Covid-19 di negara itu telah dibakar pada Sabtu lalu di perkampungan Urk.

Pusat saringan COVID-19 dibakar pada petang Sabtu lalu di perkampungan Urk. foto agensi

Malah terdapat ratusan penunjuk perasaan berkumpul untuk menentang perintah berkurung pada hari yang sama.

Menurut Menteri Kesihatan Belanda, Hugo de Jonge, kebakaran di pusat saringan itu berlaku tanpa kawalan dan memberi amaran sesiapa yang melakukan kesalahan akan diidenda sebanyak 95 euro (RM465).

Pengecualian mungkin dilakukan hanya bagi orang yang pulang dari pengebumian atau mereka yang harus bekerja tetapi dengan syarat mereka perlu menunjukkan sijil atau surat pelepasan.

Manakala, di Eindhoven di bahagian selatan Denmark, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Pihak Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai. foto agensi

Artikel Berkaitan   Pelakon Terkenal Filem Dangal Ini Umum Keluar Daripda Dunia Bollywood Kerana Mengancam Akidah Islamnya

Media melaporkan, terdapat sejumlah kenderaan telah dibakar dan banyak kedai di terminal stesen kereta api Eindhoven dipecah masuk.

Pihak polis mengatakan terdapat sekurang-kurangnya 30 tangkapan telah dilakukan. -MalaysiaGazette

kredit MalaysiaGazette

COMMENTS