Gara-gara Syamsul, Shamsul Ghau Ghau jadi mangsa

Gara-gara Syamsul, Shamsul Ghau Ghau jadi mangsa Pendedahan pengarah terkenal Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar turut memberi tempias kepada ‘Syamsul’ yang lain.

Pelakon senior, Shamsul Ghau Ghau memaklumkan, rentetan apa yang berlaku, tidak semena-mena namanya disebut sebagai individu yang berkahwin dua sedangkan dia hanya setia kepada isteri yang satu, Syarifah Azrinah Syed Ibrahim.

“Orang lain yang kahwin, kenapa ‘tag’ aku?

“Aku kahwin betul-betul baru tahu,” coret Shamsul menerusi Instagram seraya menanda (tag) akaun rasmi isteri tersayang.

Perkongsian bernada gurauan tersebut membuatkan ramai geli hati dan meninggalkan pesanan buat pelawak itu dalam ruangan komen status dimuat naik.

“Jangan macam-macam bang,” komen pelakon Idris Khan bercanda.

Gara-gara Syamsul, Shamsul Ghau Ghau jadi mangsa

“Disebabkan Syamsul seorang, habis Syamsul sebelanga,” tulis seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatApp selama setahun.

BACA:

Kawan baik Puteri Sarah bongkar kes nikah di Siam, “Masa tu anak tengah sakit”

Netizen teruja Jep buka cerita cara ngorat Sari Yanti dulu

+ posts