Gara-gara terlalu cantik, wanita ini ditahan imigresen kerana ianya salah disisi undang-undang

Gara-gara terlalu cantik, wanita ini ditahan imigresen kerana ianya salah disisi undang-undang. Wanita ini kena tahan imegresen kerana terlalu cantik, dianggap salah disisi undang-undang. Gara-gara terlalu cantik, aktres Hong Kong, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman.

Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan itu dalam program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.

Pada temuramah itu, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya.

Namun, dakwanya, dia ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.

“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” katanya, lapor agensi.

Gara-gara terlalu cantik, wanita ini ditahan imigresen kerana ianya salah disisi undang-undang

Bagaimanapun, Gillian tidak menyatakan siapa teman yang berada dengannya ketika kejadian. Dia juga tidak memberitahu bila perkara itu berlaku, lapor agensi.

Gillian yang turut menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop memberitahu, dia cuba menjelaskan kepada pegawai Imigresen terbabit bahawa dirinya selebriti.

Namun, dakwa Gillian, penjelasan dan rayuannya tidak dilayan. Sebaliknya, pegawai Imigresen terbabit terus menyoal siasat dirinya.

“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik.

“Sebaliknya, saya ditahan… Saya memang tidak bernasib baik,” katanya.

Gillian tampil dalam program ‘variety’ Promise For Yo bersama Cyndi Wang, Charlene Choi, Huang Xiaolei dan Wu Jinyan.

BACA:

Tersenyum puas, orang asli raih pendapatan RM2,000 seminggu hasil jual Raja Kayu

BKM fasa 3, ini syarat dapat bantuan tambahan RM500

Hajat tidak kesampaian tengok wayang, remaja maut dirempuh

+ posts