Gas oksigen bocor di HKL, pemandu lori melecur

Gas oksigen bocor di HKL, pemandu lori melecur

Seorang pemandu lori melecur di tangan kiri dalam kejadian kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

“Lelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan,” kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur.

Dalam kejadian petang semalam, kebocoran paip penyambungan daripada lori tangki ke sistem penyimpanan oksigen di Blok Kejuruteraan HKL menyebabkan kawasan itu dilitupi kepulan asap berwarna putih.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur berkata, beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.13 petang.

“Kejadian berpunca daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7000 liter yang membawa bekalan gas oksigen berkenaan, bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di hospital itu,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/14/pemandu-lori-melecur-dalam-kejadian-gas-oksigen-bocor-di-hkl/

COMMENTS