Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Tular di media sosial Instagram berkenaan seorang budak lelaki menjual surat khabar didakwa keletihan dan tertidur di hadapan pintu masuk sebuah pusat beli-belah semasa sedang mencari rezeki.

Kanak-kanak Jual Surat Khabar Tertidur Keletihan Menunggu Pelanggan

Terlihat daripada video yang tersebar itu, kanak-kanak tersebut memakai jaket dan surat khabar yang dijualnya berada di pangkuannya ketika dia sedang tertidur lena.

Di sebelahnya pula, terdapat sebungkus makanan ringan yang besar, yang kemudiannya dimakannya sejurus selepas dia terjaga dari tidur.

Kanak-kanak Jual Surat Khabar Tertidur Keletihan Menunggu Pelanggan.

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Dalam video tersebut, terdapat seorang lelaki berpakaian hitam dengan seluar pendek menghampiri kanak-kanak itu. Lelaki tersebut kemudiannya telah memberikan budak itu beberapa keping wang sebelum mengusap kepala kanak-kanak berkenaan.

Selepas kepalanya diusap, kanak-kanak itu telah terjaga dan melihat lelaki yang membantunya berjalan pergi. Dia pun mulai sedar, kemudian memasukkan wang tersebut ke dalam poket jaketnya.

Kerana sudah terjaga, kanak-kanak tersebut mulai makan makanan ringan yang berada di sebelahnya, sambil menoleh ke kiri dan kanan menunggu orang untuk membeli surat khabar yang dijualnya.Kanak-kanak Jual Surat Khabar Tertidur Keletihan Menunggu Pelanggan

Video dan kisah kanak-kanak itu pun lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah mendapat lebih 6 ribu tanda suka.

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang melihat perkongsian itu juga menyatakan rasa hiba dan kesian terhadap kanak-kanak tersebut. Ada juga yang turut mendoakan kanak-kanak itu.

“Semoga dah besar nanti jadi orang yang berjaya ya nak”

“Ya Allah, tak sanggup tengok kanak-kanak sebesar itu sudah merasakan susahnya dunia”.

“Ya Allah terharu, menitis terus air mata”.Kanak-kanak Jual Surat Khabar Tertidur Keletihan Menunggu Pelanggan

Gelagat adik ni jual surat khabar tepi jalan buat netizen sebak

“Sekurang-kurangnya saya tidak boleh berhenti menangis melihat kanak-kanak pada waktu malam masih berada di jalanan kerana terpaksa mencari duit…manakala kanak-kanak lain berada di rumah pada waktu malam dengan suasana selesa, perut kenyang, sedia untuk tidur bersama dengan selimut hangat”.

“Saya terus mengalirkan air mata. Disebabkan keadaan yang memaksa budak ini untuk berjualan, baya anak saya ni.

Semoga kamu akan berjaya ya nak dan buat anak saya juga, semoga berjaya jika sudah dewasa nanti. Aamiin”.

Tonton:

Berita Lain:

Hanya guna bahan buangan ini sahaja untuk lebatkan buah di pokok

UKM umum pelbagai jawatan kosong untuk rakyat Malaysia, ini cara mohon

Cara buat ayam goreng mamak yang sebenar, confirm ketagih lepas cuba

COMMENTS

Wordpress (0)