Gelagat ibu paksa anak baru kahwin malu pegang suami sendiri curi perhatian netizen

Gelagat ibu paksa anak baru kahwin malu pegang suami sendiri curi perhatian netizen saps ibu bapa doa ibu bapa doa untuk ibu bapa hadiah untuk ibu saps semakan ibu bapa apdm ibu bapa selamat hari ibu bantuan ibu tunggal hari ibu ibu kursus kahwin online hantaran kahwin kad kahwin neelofa kahwin contoh kad kahwin hannah delisha kahwin pelamin kahwin

 

Buat sebilangan pasangan pengantin baru pastinya berasa malu dan kekok untuk menyentuh pasangan masing-masing terutama sejurus selepas bernikah. Walaupun mereka saling mengenali tetapi untuk diminta pegang tangan pun terkadang sangat sukar dilakukan dek kerana malu terutama apabila dilihat ramai tetamu yang hadir.

Seperti sebuah video yang tular ini apabila pengantin perempuan kelihatan sangat segan ketika disuruh memegang tangan suaminya buat pertama kali untuk mengambil gambar.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial TikTok oleh @cokolatpahit, kelihatan pasangan pengantin baru itu baru saja selesai majlis akad nikah mereka di sebuah masjid.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka diminta untuk bergambar memegang tangan sebagai tanda sah menjadi suami isteri.

Namun, si isteri dilihat tersipu-sipu malu dan agak kekok apabila disuruh memegang tangan suaminya. Dia juga sempat menutup wajahnya dengan bunga tangan kerana malu dilihat orang ramai.

Apa yang lebih melucukan lagi, ibu kepada pengantin secara tiba-tiba datang dari arah belakang dan memaksa mereka untuk berpegangan tangan membuatkan pengantin perempuan bertambah malu lalu tergelak.

Gelagat ibu paksa anak baru kahwin malu pegang suami sendiri curi perhatian netizen saps ibu bapa doa ibu bapa doa untuk ibu bapa hadiah untuk ibu saps semakan ibu bapa apdm ibu bapa selamat hari ibu bantuan ibu tunggal hari ibu ibu kursus kahwin online hantaran kahwin kad kahwin neelofa kahwin contoh kad kahwin hannah delisha kahwin pelamin kahwin

Telatah lucu pengantin perempuan telah menarik perhatian ramai netizen di TikTok. Rata-rata memuji sikap pengantin perempuan yang kelihatannya seperti seorang yang menjaga batas sejak sebelum kahwin lagi.

@cokolatpahit Reply to @zuaiman1223 ♬ original sound – suehusinn

Video tular tersebut telah ditonton lebih daripada 800 ribu kali dan menerima sekitar 42 ribu ‘like’ serta menerima hampir 3000 komen daripada pengguna laman sosial tersebut.

Dalam satu video tular yang lain, pasangan pengantin baru ini juga nampaknya alami perasaan malu yang sama terutama buat pengantin perempuan.

Ketika suaminya mahu memegang tangannya untuk mengambil gambar dia kelihatan sangat segan dan kekok. Apa yang melucukan dia seolah-olah mahu menjauhkan diri dengan suaminya dan tidak mahu terlalu dekat.

Gelagat spontannya telah membuatkan ramai yang tersenyum-senyum. Nampaknya dia masih belum bersedia walaupun untuk memegang tangan suami sendiri.

BACA JUGA: Rupanya 75 peratus wanita di Malaysia lebih suka lelaki berkulit gelap

Anak Ibrahim Pendek kini hanya cari rezeki di tapak parking, terkenang bapanya…

Netizen puji pemuda beri air untuk polis “speed trap”