Gelagat “pak arab” kacau harimau raih perhatian. Kan da menggelupur

Gelagat “pak arab” kacau harimau raih perhatian. Kan da menggelupur. Bila sebut sahaja mengenai harimau, pasti ramai yang membayangkan kebengisan dan bahaya haiwan itu yang sememangnya memberi ancaman sekiranya didekati.

Sama seperti apa yang terjadi pada seorang lelaki ini baru-baru ini. Pada mulanya niat nak usik Pak Belang dalam sangkar, sekali bila tangan tersangkut, menggeletar lutut dibuatnya.

Walaupun tiada sebarang kecederaan yang berlaku, tetapi video memaparkan seorang lelaki kelihatan ‘cuak’ dan cemas selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau telah meraih perhatian ramai.

Gelagat "pak arab" kacau harimau raih perhatian. Kan da menggelupur

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, lelaki itu pada awalnya dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.

Dia kelihatan teragak-agak untuk memasukkan tangannya, namun terpaksa memberanikan diri juga untuk menyentuh haiwan tersebut.

Bagaimanapun, lagaknya yang berani mula membawa padah apabila tangannya tersangkut pada sangkar itu.

Malah, wajahnya juga kelihatan bertukar menjadi pucat lesi.

Mujur harimau di dalam sangkar tersebut hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ.

Video :

BACA:

Sebab-sebab tandas awam tidak tutup penuh menjadi tanda tanya, “mana logik?”

Misteri kereta terbakar masih menjadi tanda tanya

Perubahan iklim dunia semakin tenat, kesihatan dan nyawa kanak-kanak dalam bahaya

+ posts