Gempar!! 15 maut akibat penyakit misteri

Gempar!! 15 maut akibat penyakit misteri

Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan lebih daripada 50 yang lain dimasukkan ke hospital di selatan Tanzania kerana jangkitan yang tidak dikenal pasti, mengakibatkan ramai mengalami mual dan muntah darah.

Menerusi laporan Daily Mail, ketua pegawai perubatan Felista Kisandu di daerah Chunya yang terpencil di bandar Mbeya mengatakan sepasukan pakar perubatan telah dikerahkan untuk memeriksa pesakit secara klinikal dan menyiasat penyebab wabak tersebut.

 

“Masalah ini belum tersebar luas, ia berlaku hanya di satu wad pentadbiran Ifumbo di mana orang muntah darah dan mati ketika sampai di hospital,” katanya pada Ahad.

Punca penyakit mereka belum diketahui, tetapi Kementerian Kesihatan Tanzania telah menolak wabak tersebut.

Pemeriksaan klinikal awal menunjukkan pesakit, kebanyakannya lelaki mengalami ulser perut dan penyakit hati, kata Kisandu.

“Kami telah menasihati mereka agar tidak minum minuman keras dan juga merokok,” katanya.

Kisandu mengatakan pelbagai sampel air dan darah pesakit telah dihantar kepada ahli kimia kerajaan untuk pengesahan dan mengetahui apakah berlaku pencemaran merkuri.

Menurut laporan di Pejabat Perubatan Mbeya, penyakit serupa menimpa rantau ini pada 2018, ketika beberapa orang disahkan menderita demam tinggi, sakit perut dan muntah darah.

Menteri kesihatan Tanzania, Doroth Gwajima dalam satu kenyataan mengerahkan sekumpulan pakar untuk melakukan pemeriksaan termasuk laporan bertulis bukti penyebab penyakit itu untuk memudahkan pihak perubatan mengambil tindakan selanjutnya.

Menteri meminta rakyat untuk bertenang sementara pegawai membuat pemeriksaan untuk mengenal pasti apa yang telah terjadi.
Artikel Penuh : SH

COMMENTS