Gempar!!! 22,794 perusahaan kecil dan sederhana gulung tikar

Gempar!!! 22,794 perusahaan kecil dan sederhana gulung tikar

Sejumlah 22,794 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menutup operasi berikutan terjejas dengan Covid-19, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi mendedahkan jumlah itu berdasarkan statistik daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“9,875 menutup operasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac sehingga 9 Jun 2020.

“22,794 syarikat dan perniagaan menutup operasi bagi tempoh PKP iaitu 10 Jun sehingga September 2020,” katanya ketika menjawab soalan June Leow Hsiad Hui (PH- Hulu Selangor).

Terdahulu, June bertanya bilangan PKS yang menamatkan operasi mereka akibat pelaksanaan PKP dan penularan Covid-19 serta apakah langkah kementerian untuk mengatasinya.

Tambah Wan Junaidi, jumlah penamatan operasi syarikat dan perniagaan tertinggi dicatatkan pada bulan Ogos iaitu sebanyak 17,800.

Susulan kemunculan gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini, kerajaan telah mengenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) ke atas semua negeri kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis.

Sementara itu, Wan Junaidi turut berkata, kementeriannya telah menjalankan dua kaji selidik secara dalam talian semasa tempoh PKP dan pasca PKP bermula 15 Julai sehingga 17 Ogos lalu.

“8.85 peratus usahawan telah menutup perniagaan sepenuhnya (gulung tikar) semasa tempoh PKP, manakala jumlah tersebut berkurangan kepada 1.39 peratus semasa pasca PKP.

“Majoriti usahawan yang menutup operasi perniagaan semasa PKP dan pasca PKP adalah usahawan mikro, masing-masing sebanyak 79.53 peratus dan 70.83 peratus,” katanya lagi.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/550500

COMMENTS