Gempar!!! Larry Sng letak jawatan Pengerusi PKR Sarawak

Gempar!!! Larry Sng letak jawatan Pengerusi PKR Sarawak

Larry Sng melepaskan jawatan Pengerusi PKR Sarawak untuk membolehkan parti itu dipimpin pemimpin Dayak sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) tahun depan.

Sng dalam kenyataan berkata, keputusan itu demi kepentingan PKR Sarawak memandangkan majoriti penduduk Sarawak ialah orang Dayak.

“Majoriti penduduk Sarawak adalah orang Dayak, namun kita dapati kawasan termiskin dan mundur di negeri ini berada di kawasan Dayak.

“Orang Dayak juga kurang mewakili kepimpinan tertinggi sama ada dalam parti pemerintah mahupun pembangkang, misalnya presiden dan pengerusi parti daripada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak); PDP (Parti Demokratik Progresif); SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak); PKR; DAP; PSB (Parti Sarawak Bersatu); PBK (Parti Bumi Kenyalang); AMANAH (Parti Amanah Negara) semuanya orang Melayu atau Cina walaupun parti mereka banyak disokong orang Dayak.

“Saya percaya dengan membuat perubahan ini dalam kepimpinan PKR Sarawak, ia akan memberi kepercayaan kepada parti dalam memerangi ketidaksetaraan ekonomi dalam sektor swasta, ketidaksamaan pemilihan dan promosi dalam perkhidmatan awam dan tekan kami dalam menangani isu tanah hak adat Bumiputera (NCR),” katanya.

Justeru, Larry yang juga Ahli Parlimen Julau yakin parti itu akan mendapat pengganti yang baik walaupun beliau dipilih mewakili kerusi Parlimen yang dominan Dayak dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau akan membincangkan keputusan itu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari ini bagi membincangkan peralihan dan pemilihan penggantinya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/12/767441/larry-sng-letak-jawatan-pengerusi-pkr-sarawak

COMMENTS