Gempar !!! Menteri Agama pertimbang peruntukan RM100 juta kepada Sekolah Tahfiz?

Gempar !!! Menteri Agama pertimbang peruntukan RM100 juta kepada Sekolah Tahfiz?

Kementerian Kewangan hari ini menyerahkan peruntukan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyerahkan replika cek berkenaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Daripada jumlah RM100 juta itu, Guang Eng berkata sekolah tahfiz akan menerima RM50 juta sementara sekolah agama rakyat dan persendirian serta sekolah pondok yang berdaftar masing-masing akan menerima RM25 juta.

Sekolah tahfiz, agama rakyat, pondok terima peruntukan RM100 juta

BACA JUGA : Panas !!! Tak kemas meja makan, denda RM900 mulai tahun depan

“Peruntukan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM50 juta berbanding dengan peruntukan oleh kerajaan terdahulu dalam Bajet 2018 yang tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah agama rakyat dan sekolah pondok,” katanya.

Lim berkata peruntukan RM100 juta berkenaan adalah komitmen berterusan kerajaan Persekutuan untuk memastikan para pelajar menikmati persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa di sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan persendirian serta sekolah pondok yang berdaftar.

Penyerahan peruntukan itu susulan pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Oktober 2019.

Lim berkata penyaluran peruntukan kepada sekolah-sekolah berkenaan secara sekaligus pada awal tahun dan bukan secara berperingkat adalah selaras dengan pendekatan kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan dan menambah baik sistem penyampaian awam bagi tahun 2020.

Peruntukan RM100 juta tersebut merupakan sebahagian daripada RM735 juta untuk penyelenggaraan semua jenis sekolah bagi tahun 2020 yang merupakan peningkatan ketara berbanding dengan jumlah RM652 juta bagi tahun 2019, kata beliau.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/66100/BERITA/Nasional/Sekolah-tahfiz-agama-rakyat-pondok-terima-peruntukan-RM100-juta

COMMENTS