Gempar!!!! Pemilihan Anwar sebagai calon PM punca sebenar PH jatuh, kata Mahathir

Gempar!!!! Pemilihan Anwar sebagai calon PM punca sebenar PH jatuh, kata Mahathir

Punca kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan, yang sebelum ini disokong PPBM, DAP, PKR dan Amanah adalah disebabkan pemilihan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata, sekiranya Ahli Parlimen dari PH tetap kekal dengan pendirian untuk memilihnya sebagai calon perdana menteri, beliau percaya apa yang berlaku ketika ini, khususnya PH kembali menjadi blok pembangkang di Dewan Rakyat, tidak akan berlaku.

“Yang benar-benar menjatuhkan PH ialah pemilihan Anwar untuk jadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Agong. Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku.

“Jika PH calon(kan) saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai perdana menteri walaupun PPBM menolak saya,” katanya dalam kenyataan di blognya, hari ini.

Pada 25 Feb tahun lalu, Agong menitahkan 221 Ahli Parlimen kecuali Mahathir untuk menghadap, bagi menzahirkan siapakah calon perdana menteri pilihan mereka selepas Mahathir pada ketika itu menjawat tugas Perdana Menteri Interim, susulan peletakan jawatannya.

Pada 26 Feb pula, PH selepas mesyuarat khas gabungan berkenaan bertindak mengisytiharkan semua parti komponennya mencalonkan Presiden PKR sebagai perdana menteri kelapan. Anwar pada ketika itu memaklumkan “tidak akan mengkhianati amanah”.

Bagi Mahathir pula, PH sepatutnya kekal dengan pendirian menamakannya sebagai calon perdana menteri ketika menghadap Agong dalam usaha membentuk kerajaan baharu, memandangkan pemilihan Anwar sebagai calon perdana menteri ketika itu ditolak oleh Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

“Anwar memang berminat untuk jadi perdana menteri. Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya. Kemudian semua 222 wakil rakyat diberi peluang oleh Agong untuk cadang calon mereka untuk jadi Perdana Menteri.

“PH yang sepatutnya cadang(kan) saya, telah cadang Anwar, konon kerana ia mendapat cukup bilangan disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak. Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja. Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya,” katanya.

Mahathir turut mengulangi kenyataannya sebelum ini apabila tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah apabila beliau tidak lagi mendapat kepercayaan daripada anggota partinya, walaupun sudah meminta PPBM menangguhkan hasrat keluar dari PH.

“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi kerajaan.

“Lim Kit Siang berpendapat kerajaan PH jatuh kerana saya letak jawatan. Jika PH masih ada majoriti, ia tidak akan jatuh. PH boleh pilih ahli Dewan Rakyat lain untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.

Sumber:FMT

COMMENTS