Gempar!!! PM Thailand minta semua pihak pihak bertenang ???

Gempar!!!  PM Thailand minta semua pihak pihak bertenang ???

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha semalam menggesa semua pihak bertenang, susulan ketegangan yang semakin memuncak antara penyokong monarki dan pembangkang.

Negara itu sejak beberapa bulan lalu berdepan tunjuk perasaan besar-besaran oleh pemimpin pelajar yang menggesa pembaharuan demokratik, dengan beberapa lain bertindak lebih berani, termasuk mencabar sistem monarki.

Permintaan oleh gerakan itu mengejutkan keseluruhan institusi Diraja, menyebabkan penyokong setia mereka turut mengadakan bantahan dan terbabit dalam pergaduhan bersama pembangkang.

Prayut, yang peletakan jawatannya menjadi antara agenda utama gerakan berkenaan semalam berkata, kedua belah pihak berhak menyuarakan pendapat masing-masing, selagi tidak menyalahi undang-undang.

 

“Konfrontasi bukan cara untuk menyelesaikan masalah.

“Saya menggesa semua pihak mengelakkan diri daripada bergaduh dan melanggar undang-undang, manakala pihak berkuasa perlu menggunakan segala pendekatan dalam menguatkuasakan peraturan,” katanya selepas mesyuarat Kabinet.

Gesaan dibuat Prayut berlaku dua hari selepas polis menggunakan meriam air sebagai amaran terhadap perusuh yang cuba menyerahkan surat kepada Raja Maha Vajiralongkorn.

Ini adalah kali kedua kaedah seumpama itu digunakan bagi mengawal keadaan.

Prayut, bekas pemerintah tentera yang mula berkuasa sejak 2014 berkata, kerajaan tidak bersikap pilih kasih seperti didakwa.

Bagaimanapun setakat ini, sejumlah besar aktivis dan pemimpin pelajar ditahan dan didakwa kerana terbabit dalam bantahan.

Sebilangan mereka didakwa dengan tuduhan lebih serius seperti hasutan dan keganasan terhadap permaisuri, satu undang-undang yang jarang digunakan serta membawa kepada hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Polis juga dipercayai tidak membuat sebarang penahanan pada bantahan dilakukan penyokong keluarga Diraja. – AFP

Thai Prime Minister Prayut Chan-o-cha urged calm from all sides on Tuesday (Nov 10) as tensions rise between royalist groups and protesters calling for reforms to the monarchy.

The kingdom has for months seen massive demonstrations led by student leaders calling for democratic reforms, with some bolder figures issuing challenges to Thailand’s unassailable monarchy.

The movement’s demands have sent shockwaves through its royalist establishment, spurring monarchist groups to stage counter-protests which have led to some minor scuffles with protesters.

Prayut – whose removal from office is one of the movement’s key demands – said Tuesday both sides are entitled to “express their opinions” – as long as it is within the law.

“A confrontation is not the way to solve a problem,” he said after a cabinet meeting.

“I urge all sides to refrain from clashing and from breaking the law so excessively whereby the authorities would have to use every measure to enforce the law.”

Prayut’s call comes two days after police deployed water cannon as a “warning” against protesters attempting to deliver letters to King Maha Vajiralongkorn.

It was only the second time such tactics were used.

Prayut, a former military chief who came to power in 2014, said the government was not “taking sides”.

So far, however, scores of activists and student leaders have been arrested and charged for participating in the protests.

Some face especially serious charges of sedition and causing violence to the queen – a rarely used law carrying a maximum sentence of life in prison.

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/11/753156/pm-thailand-minta-semua-pihak-pihak-bertenang

COMMENTS