Geram dengan penyewa, tuan rumah cabut meter TNB, sekali lain pula yang jadi..

Geram dengan penyewa, tuan rumah cabut meter TNB, sekali lain pula yang jadi..

Umum mengenali peguam bernama Nor Zabetha yang sering berkongsi tulisan di Facebook di mana beliau mengulas apa sahaja isu semasa atau viral di media sosial.

Terbaru, perkongsiannya tentang isu khianat dan merosakkan harta benda yang mencuri perhatian ramai.

 

” Status saya yang tadi, ada beberapa soalan yang bertanya berkenaan dengan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

” Saya tulis melakukan kerosakan terhadap harta bernilai RM25 atau lebih. Ada yang menyangka kesilapan typo. Mungkin saya hendak tulis RM25,000.

” Oh! Tidak. Memang begitu ayatnya. Memang kerosakan kepada harta benda yang nilainya RM25 dan lebih.” tulis Nor Zabetha.

Bercakap soal itu, Nor Zabetha kemudian berkongsi pengalamannya suatu ketika dahulu apabila anak guamnya berselisih faham dengan penyewa rumah yang tidak mahu bayar sewa.

Tuan rumah cabut meter TNB

Geram dengan penyewa, tuan rumah cabut meter TNB, sekali lain pula yang jadi..

Menurut Zabetha, akibat penyewa masih berdegil, tuan rumah tension dan datang ke rumah yang disewakan.

Geram dengan penyewa, tuan rumah cabut meter TNB, sekali lain pula yang jadi..

” Dia masuk ke dalam rumah dan memotong bekalan elektrik secara mencabut meter TNB.

” Penyewa buat laporan polis, memandangkan polis rasakan itu adalah perbuatan yang khi4nat dengan melakukan kerosakan pada barangan bernilai RM25. Anak guam saya didakwa di mhkamah dan perlu membayar jaminan dan melantik peguam.

” Kami menang kes ini kerana hujah saya bahawa rumah itu adalah miliknya dan penyewa telah tandatangan perjanjian.

” Jadi harta miliknya sendiri. Bukanlah kerosakan pada harta benda penyewa dan kerosakan yang berlaku adalah kerugian anak guam.

” Dalam proses menang itu, perlu pula dia ke mhkamah berkali-kali, lantik peguam dan menjalani proses ke mhkamah.

” Tidak ke payah dan susah, semata-mata hal yang nilainya RM25 sahaja. Harga jaminan sahaja pun telah berkali ganda dari nilai yang rosak

” Saya hendak pesan, undang-undang merosakkan harta benda milik orang atau milik awam itu ada. Jangan main sembarangan.

” Kalau bergadvh kita jangan pergi pecahkan pasu bunga jiran, patahkan side mirror kereta orang, calarkan kereta orang atau apa sahaja perbuatan. Tak pasal-pasal nanti, panjang prosesnya.

” Geram dan marah itu belum tentu dapat dilepaskan dengan menjahanamkan orang tetapi yang pasti kalau polis hendak membuat siasatan dan dakwa. Panjang cerita dia nanti.

” Hukumannya juga bukan biasa-biasa. Penjara tidak kurang setahun dan maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

” Tengok jugalah perbuatannya untuk menilai berapa lama penjara atau berapa banyak denda. Sebab berbeza mengikut perbuatan dan fakta kes.

” Kalau mengamuk itu macam-macam gaya hendak lepas marah. Ada yang pergi pecahkan wind screen orang, ada yang pergi jahanamkan pagar depan rumah orang. Boleh dikatakan lagi dasyat perbuatan, lagi dasyatlah hukuman. Semua ini ada hukuman.

” Hati-hati. Marah tu kawal,” akhiri Zabetha.

Tonton:

BACA JUGA:

Cara mohon Biasiswa API-MDC 2022 untuk untuk peringkat ijazah

Bentuk ikan pelik macam anak naga gemparkan penduduk

Video tular : Setiausaha Sulit Kanan Menteri antara disiasat polis

COMMENTS

Wordpress (0)