Gila! Logik kerajaan sekarang, pemansuhan syarat dan kegunaan simpanan bukan keprihatinan kepada rakyat

Gila! Logik kerajaan sekarang, pemansuhan syarat dan kegunaan simpanan bukan keprihatinan kepada rakyat

Keputusan memansuhkan syarat pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah bukti kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendengar ‘keluhan’ masyarakat khususnya ketika negara dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.

Setiausaha PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, tindakan itu juga bukan satu langkah berbentuk ‘political milage’.

Jelasnya, langkah tersebut dibuat mengikut nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif bagi membantu ahli-ahli pencarum.

“Pemakluman terbaharu daripada Kementerian Kewangan ini tentunya membawa khabar gembira sekali gus memberi kelegaan kepada rakyat yang terhimpit bebanan akibat pandemik Covid-19.

“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini kelak, jelas membuktikan Perdana Menteri dan kerajaan yang mentadbir sentiasa ambil kisah keluhan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri meminta supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam agar dapat membantu pencarum KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik Covid-19.

Beliau dilaporkan berkata, pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

Sumber: Utusan

COMMENTS