‘Guru KAFA di Pindahkan? Aku dah lalui dulu dan aku ambil jalan MELAWAN hingga ini yang terjadi kepada aku’

Guru KAFA di Pindahkan?

Maaf kwn2, nak cerita sikit.

Aku dah lalui 2015 dulu, dan masa tu aku ambil jalan MELAWAN sehingga aku di berhentikan.

'Guru KAFA di Pindahkan? Aku dah lalui dulu dan aku ambil jalan MELAWAN hingga ini yang terjadi kepada aku'

Masa aku melawan,

Ada kwn2 lain yg mesej, kwn yg sama di pindahkan sebab org atasan main wayang.

Dah la Napi, kita ni kecik je, kita lawan pun kita akan kalah.

Aku ingat lagi jawapan aku pada kwn aku tu.

Akak, akak taknak lawan takpe,

Biar saya lawan sorg.

Dan prinsip aku, dari dulu,

Lawan sampai menang,

Siapa menang, tak kisah.

Sama ada org yg aku lawan kalah,

Atau aku yg menang, aku akan tetap lawan.

Mcm tu lah.

Dan kecoh berapa hari ni isu perpindahan guru kafa sampai ada yg melepasi sempadan Daerah asal atau daerah tempat tinggal mereka.

Aku lawan segala cara masa tu, sampai ke peringkat negeri aku di panggil,

Mereka nasihatkan aku letak jawatan,

Dan aku cakap, saya takkan letak jawatan,

Kalau tuan nak, tuan pecat saya,

Saya akan tuntut di akhirat.

Ustazah Rasyidah paling banyak faham apa yg aku lalui masa tu.

Dan GB yg komplot tu pernah tegur mak aku, dan aku masa beli sarapan selepas 6 tahun aku di berhentikan. Dia tegur masa aku bawak anak, anak lelaki ke perempuan katanya.

Aku cakap mak aku, mak jangan layan IBLIS ni. Dia nila yg punca aku kene buang.

Merah padam muka dia depan org ramai aku cakap.

Dan aku tak pernah lupa kes tu.

Pesanan aku padan guru KAFA.

Kalian ada persatuan.

Bertindaklah melalui persatuan.

Dan jika ada satu keputusan dari persatuan,

Guru yg tidak terlibat dengan perpindahan pun, mesti bersama dalam tindakan, untuk menunjukkan kebersamaan.

Aku boleh bagi suggest pada persatuan.

Tapi bukan cerita di fb pada umum.

Teruskan berusaha sahabat2 semua.

Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.

Aku tetap ingt kwn2 yg mengajar kafa, dan sangat simpati,

Tapi aku bukan siapa-siapa.

Aku org biasa.

-Hanafi Sulaiman-

Bekas Guru Kafa,

Sudah di Berhentikan.

BACA :

[VIDEO] Rumah bau asap, nyaris terbakar gara-gara caj telefon sambil tidur
‘Jangan malu jika terpaksa downgrade hidup, saya jual kereta mahal dan beli kereta paling murah di pasaran’
‘Demi anak-anak, saya sanggup jual barangan wanita pada GRO di kelab malam’