Habiskan RM100 dalam 25 hari, suami anggap isteri boros

Habiskan RM100 dalam 25 hari, suami anggap isteri boros. Sebuah hantaran media sosial menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen di Indonesia kerana memaparkan luahan hati seorang lelaki yang merungut mengenai sikap ‘boros’ isterinya yang didakwa menghabiskankan duit belanja bulanan sebanyak 350,000 rupiah (RM106) dalam masa 25 hari.

Menurut portal berita Wolipop, lelaki berkenaan berkata, dia berasa marah kerana isterinya menghabiskan wang sejumlah itu dalam masa hanya 25 hari sedangkan ia merupakan duit belanja untuk digunakan selama sebulan.

“Diberi duit belanja 350,000 rupiah (RM106), baru 25 hari sudah habis digunakan sedangkan itu duit bulanan.

“Sebagai suami, saya hairan bagaimana dia membelanjakan wang secara boros begitu. Apabila ditanya ke mana habisnya duit, dia marah, mengamuk, mengugut, mogok enggan masak dan macam-macam lagi.

“Boros dan cepat naik marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau berkahwin lagi,” kata lelaki berkenaan.

Habiskan RM100 dalam 25 hari, suami anggap isteri boros

Hantaran tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Anda fikir barang kelengkapan atau makanan murah sekarang? Cuba fikir, sekarang ini tahun berapa, semua barangan sudah naik harga. Cuba anda jadi suri rumah dan pergi ke pasar,” kata seorang netizen.

“Semoga semua wanita dijauhkan dengan lelaki seperti ini,” kata seorang lagi pengguna.

BACA:

Pencarum bakal dibenarkan keluar wang KWSP lagi?

“Kami selesa berkawan”, Nuha bahrin ulas isu gambar berbaju pengantin

Mee Goreng Mamak ‘Ori’, ini resepinya…

+ posts