Hangat!!! Aksi founder dikecam ramai,Tayang aksi cium mulut dengan adik angkat lelaki

Hangat!!! Aksi founder dikecam ramai,Tayang aksi cium mulut dengan adik angkat lelaki

Menjadi public figure seharusnya memberi contoh dan teladan yang baik untuk masyarakat. Namun begitu, tidak semua tindakan mereka harus dibenarkan dan sekadar menutup mata atas segala tingkah laku yang kurang cocok untuk dilakukan.

“Ni terang2 sexual grooming”

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Kai Auburn telah membongkar sifat yang dilihat jelek dari seorang founder perniagaan apabila mempamerkan kemesraan dengan kanak-kanak lelaki dengan mencium mulut mereka.

 

Dia telah menyertakan beberapa tangkapan skrin berkenaan individu tersebut yang dilihat membudayakan sesuatu yang bersifat gangguan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.

Cium mulut adik angkat

Walaupun menerusi beberapa perkongsiannya di akaun Tiktok menjelaskan kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak angkat yang dijaga oleh keluarga sejak kecil lagi, namun tindakan mencium mulut sebegitu adalah sangat tidak patut.

Apa sampai macam tuuu luah kasih sayang

Founder perniagaan itu juga banyak memuat naik video beradegan sebegitu sehingga menjadi perbualan di media sosial terutamanya di Twitter.

Pendakawah tegur tindakan ‘aneh’ itu

Sehubungan dengan itu, penceramah yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah melahirkan rasa terkejutnya melihat kanak-kanak dan remaja dipegang sembarangan lebih-lebih lagi mencium orang dewasa sebegitu rupa.

Menurutnya lagi, menerusi video yang tular tersebut, boleh jadi kanak-kanak dan remaja itu telah diganggu secara seksual.

 

Benda macam ni jadi kebiasaan?

Sudah pasti, video-video ‘aneh’ itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata meminta agar pihak tertentu mengambil tindakan diatas perilaku tersebut sebelum ia menular menjadi lebih teruk.

Mereka juga berasa tidak masuk akal apabila founder itu yang menjelaskan bahawa bercium sebegitu rupa adalah cara mereka sekeluarga meluahkan rasa kasih sayang sedangkan ia sebenarnya agak keterlaluan.

Terpengaruh sangat dengan budaya luar

Ni gangguan buat kanak2

Ada akta tentang kesalahan tersebut

Dalam pada itu, netizen juga telah menyertakan lampiran akta yang merujuk kepada tindakan seperti itu bagi memberi amaran agar tidak sesuka hati melakukan adegan tersebut kepada kanak-kanak dan remaja kerana ia merupakan salah satu gangguan seksual.

Sumber : https://ohmymedia.cc/kongsi-video2-cium-mulut-adik-angkat-ramai-jijik-cara-founder-luah-kasih/

COMMENTS