Hangat!! Apakah biden akan ambil Trump dalam kerajaan barunya ???

Hangat!! Apakah biden akan ambil Trump dalam kerajaan barunya ???

Apabila tersebar perbualan antara Donald Trump dengan Perdana Menteri Australia (ketika itu) dalam minggu pertama memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) sebelum ini, ramai yang tercengang.

Trump bukan saja dikenali dengan lontaran kata-kata pedas, malah pernah dilaporkan meletak telefon ketika berbual dengan sekutu rapat.

Apabila Joe Biden pula bercakap melalui telefon dengan Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, Khamis lalu, pejabat Presiden yang dipilih itu memaklumkan Biden berharap dapat bekerjasama dengan Morrison dalam menangani banyak cabaran bersama.

Morrison menyambutnya dengan berkata, beliau akan berkongsi kajian mengenai cara Australia memerangi COVID-19 melalui pengesanan kontak.

 

Selepas empat tahun pentadbiran AS bawah Trump diwarnai ‘kekecohan’ dalam berurusan dengan pemimpin luar, Biden memberikan isyarat diplomasi yang sebaliknya.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, pernah diejek Trump melalui Twitter susulan satu sidang kemuncak sebagai ‘amat tidak jujur dan lemah’.

Biden dalam satu kenyataan selepas menerima panggilan ucapan tahniah bagaimanapun memaklumkan kedua-dua pihak ‘menegaskan semula hubungan rapat antara AS dengan Kanada’.

Mereka juga berikrar untuk bekerjasama menangani COVID-19 dan ancaman biologi pada masa depan.

Biden turut berbual dengan Canselor Jerman, Angela Merkel yang pernah dikritik oleh Trump secara terbuka kerana menerima pendatang.

Biden kemudian menyatakan ‘minat untuk bekerjasama rapat’ bagi menangani pandemik COVID-19, perubahan iklim dan isu lain, serta memuji kepimpinan Merkel.

Kurangnya ‘drama’ dalam pendekatan Biden bukanlah suatu perkara yang mengejutkan.

Biden yang memiliki pengalaman hampir 50 tahun di Washington, berjanji untuk mengembalikan keadaan normal meliputi membawa balik proses membuat keputusan bersesuaian dengan masa, termasuk membabitkan rundingan pakar, berbanding membuat ciapan impulsif.

Dalam ucapannya mengenai dasar luar ketika berkempen, Biden menegaskan perasaan hormat global terhadap AS telah merudum bawah pentadbiran Trump, sekali gus berjanji untuk mengubah keadaan itu

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/11/754407/biden-beri-isyarat-diplomasi-berbeza-dengan-trump

COMMENTS