Hangat !!! JASA membelanjakan duit yang dipungut dari cukai rakyat

Hangat !!! JASA membelanjakan duit yang dipungut dari cukai rakyat

Walaupun titah telah diberikan oleh Yang Dipertuan Agong agar Belanjawan 2021 diluluskan melalui kerjasama semua pihak, tetapi nampaknya belanjawan ini dibantah oleh pembangkang terutama pemimpin muda.

Pemuda Warisan atau lebih dikenali sebagai Wira Warisan membantah belanjawan ini kerana ia mengenepikan keperluan rakyat Sabah dengan mengutamakan propaganda politik melalui penubuhan Jasa.

Turut membantah belanjawan ini adalah Pemuda DAP atau Dapsy yang turut membantah pemulihan Jasa yang membuktikan kerajaan Perikatan Nasional lebih berminat dengan perebutan kuasa berbanding dengan yang lain.

Bagi Ketua Wira Warisan, Datuk Mohd Azis Jamman, pembentangan Belanjawan 2021 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sama sekali tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat jelata, malah lebih malang sekali apabila peruntukan ‘Geran Khas’ kepada negeri Sabah juga dipotong.

Walhal sepatutnya, kata ahli parlimen Sepanggar itu, jumlah peruntukan tersebut ditambah kerana rakyat Sabah ketika ini sedang berdepan ancaman wabak virus Covid 19 yang semakin membimbangkan dan memberikan impak yang cukup besar kepada ekonomi rakyat Sabah.

Katanya, sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah, diantara kempen utama para menteri Kerajaan Persekutuan yang menyebut kononnya untuk memastikan kesejahteraan dan pembangunan di Sabah terjamin, Kerajaan Negeri dan Keajaan Persekutuan hendaklah sealiran dari segi politik.

“Hari ini Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sealiran namun apa yang berlaku adalah hadiah Kerajaan PN kepada rakyat Sabah sebaliknya tidak meneruskan komitmen Kerajaan Persekutuan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah melalui pemberian geran khas yang sepatutnya meningkat daripada RM53.4 juta selama 5 tahun dan jumlahnya di jadualkan meningkat kepada RM106.8 juta selepas 5 tahun tetapi sebaliknya ia telah dikurangkan kepada jumlah asal sebanyak RM26.7 juta sahaja,” kata Mohd Azis, bekas timbalan menteri itu.

Timbalan Pengerusi Dapsy, Chiong Yoke Kong berkata, pemulihan peranan Jasa dengan peruntukan berlipat ganda membukti PN sedang berusaha untuk membuat propaganda politik berbanding dengan membantu mangsa Covid – 19.

“Dengan membanding jumlah peruntukan semasa BN iaitu tidak sampai RM30 juta sebulan, ia kenaikan 185% untuk Jasa,” kata beliau dalam kenyataannya.

Sebelum ini, Jasa telah digunakan untuk membuat dan menyebarkan proganda untuk membantu kerajaan BN dan memburukkkan pembangkang bagi menyelamatkan kerajaan korup itu.

“Contohnya pada tahun 2016, Jasa telah membelanjakan duit yang dipungut dari cukai rakyat untuk menganjurkan program membersihkan 1MDB termasuk di Universiti Malaya,” katanya.

Mohd Azis pula mengecam dan membantah sama sekali langkah Kerajaan Persekutuan memotong peruntukan Geran Khas dan pembangunan untuk negeri Sabah ini dengan memberikan peruntukan untuk Jasa.

“Persoalannya yang saya ingin bangkitkan, adakah peruntukan kepada rakyat Sabah ini dipotong bertujuan untuk mencari dana bagi menghidupkan semula unit propaganda kerajaan Perikatan Nasional, Jasa ini yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat jelata amnya? ” kata beliau.

Katanya, Cuba bayangkan dengan RM81 juta lebih tersebut berapa inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk rakyat di setiap kawasan Parlimen seluruh negara yang terjejas dengan pandemik Covid 19, berapa banyak perniagaan kecil yang boleh dibantu sekiranya peruntukan tersebut digunakan untuk tujuan membela kebajikan rakyat.

“Malangnya, Kerajaan tidak memikirkan mengenai kebajikan rakyat sebaliknya apa yang difikirkan adalah cara untuk mereka terus berkuasa dan ini sama sekali tidak boleh diterima!

“Saya juga melihat langkah oleh Kerajaan Persekutuan ini sama sekali tidak mencerminkan langkah untuk perdamaian politik atau ‘gencatan politik’ seperti yang diwar-warkan, sebaliknya Kerajaan masih lagi cuba bermain politik dan tidak jujur untuk mencari titik persamaan dengan blok parti pembangkang,” kata beliau.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/hidupkan-kembali-jasa-pemimpin-muda-bantah-belanjawan-2021/

COMMENTS