Mihrab ‘rahsia’ lawan nafsu ketika munajat

Mihrab ‘rahsia’ lawan nafsu ketika munajat

Ramai dalam kalangan umat Islam di negara ini keliru antara mihrab dan mimbar.

Rata-rata menganggap mihrab itu sebagai mimbar sedangkan kedua-duanya berbeza.

Ini kerana, mimbar merupakan satu platform di dalam masjid tempat khatib membaca khutbah setiap kali solat Jumaat atau suolat sunat hari raya.

Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai dan selalunya berbentuk seperti menara serta di atasnya berkubah.

Mimbar selalunya dihias unik walaupun pada zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri.

Mihrab pula biasanya diletakkan berhampiran mimbar dan kedudukan menghadap arah kiblat berhadapan dengan imam.

Perkara itu dijelaskan pemilik Mehrab Decor, Syed Ali Alhadad, 55, yang menerangkan kekeliruan ramai memandangkan mihrab lebih dikenali di negara-negara Asia Barat berbanding Asia Tenggara.

 

Sejak itu mihrab diwarisi sejak zaman berzaman sehingga ia dikomersialkan hari ini.

“Jika kita beribadah dengan Allah mengadap mihrab rasa khusyuk itu mungkin berlainan berbanding jika tidak dengannya.

“Hanya orang yang faham sahaja tentang perkara itu akan mendalami serta merasai nikmat dan kepentingan mihrab dalam ibadahnya di rumah sehari-hari,” kata Syed Ali kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Tambah beliau, ‘keseronokan’ beribadah di tempat yang khusus sememangnya menimbulkan kelainan dan ia tidak sama jika seseorang itu beribadah dalam suasana berpindah randah meskipun dalam rumah sendiri.

Menurut Syed Ali, mihrab bermaksud ‘perang’ dan dalam konteks itu ibadat terutama solat merupakan ‘medan perang’ melawan nafsu ketika berhadapan dengan Allah.

“Lagipun, nafsu merupakan musuh paling utama kepada orang Islam,” katanya.

Sementara itu, adiknya yang juga rakan kongsi niaganya, Syed Mokhtar Syed Agil, 51, pula berkata, ramai orang boleh membuat dekorasi yang mahal-mahal di rumah semata-mata mahu dilihat cantik dari pandangan mata.

 

“Kalau nak ceritakan bagaimana kami boleh terlibat dengan perniagaan ini, satu yang menjadikan saya teruja adalah bagaimana kita orang Islam tidak menyediakan satu tempat khas di rumah untuk solat, untuk beribadah.

“Sementara, kalau kita bercerita tentang dekorasi, kita sanggup berhabis duit beribu-ribu. Bila saya pergi ke luar negara di Bali, saya lihat orang Islam di sana mereka ada tempat untuk beribadah.

“Kadang kala kita ni beribadah, setahun sekali sejadah pun tak dicuci, macam mana doa kita nak makbul. Sebab itu kita kena ada tempat yang khusus di rumah untuk beribadah” ujarnya.

.
Tambah Syed Mokhtar, mihrab yang dihasilkan dan dijual di kedai mereka mempunyai ciri-ciri Islamik di mana ia sangat sesuai untuk diletakkan di satu sudut di rumah untuk beribadah selain memiliki corak yang menarik.

Katanya, mihrab yang dijual di kedai mereka bukan sahaja menarik minat orang tempatan malah ada juga
pelancong dari negara Barat yang turut membeli ekoran tertarik dengan seni yang terukir pada mihrab tersebut.

Mihrab pelbagai saiz dijual berdasarkan pasang siap dan tempahan berharga bermula dari harga RM1,390 hingga hampir RM6,000.

Salah satu kegemaran ramai ialah mihrab ala Masjid Nabawi di Madinah.

Pihaknya juga membantu membina mihrab di masjid-masjid daripada peruntukan wakaf ahli-ahli kariah di negara ini yang berminat.

 

Bagaimanapun Syed Mokhtar berkata, kefahaman masyarakat Islam berhubung mihrab kini sudah mula timbul dan tidak menjadi masalah kepada mereka untuk memasarkannya.

“Kini mihrab tidak lagi hanya dilihat di surau-surau mahu pun masjid tetapi ramai yang membeli untuk diletakkan di rumah sebagai tempat untuk beribadah,” katanya yang juga memiliki cawangan di Indonesia.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri mihrab yang dijual, mereka boleh mengunjungi ruang pameran di Mehrab Decor yang terletak di Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju.

Mereka juga boleh dihubungi di Facebook MehrabDecorMalaysia dan laman web www.mehrabdecor.com selain boleh menghubungi Syed Mokhtar di talian 019 345 8123, Syed Ali (018 224 0129) dan Hasan Al Hamid (012 727 2121)

Sumber:https://malaysiagazette.com/2020/11/14/mihrab-rahsia-lawan-nafsu-ketika-munajat/

COMMENTS