Hangat !!! Umno perlu tolak Najib, utamakan rakyat

Hangat !!! Umno perlu tolak Najib, utamakan rakyat

UMNO perlu menolak Datuk Seri Najib Razak jika bekas presiden parti itu cuba meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat dalam apa juga tindakan yang dilakukannya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin menegaskan, paling penting kini rakyat dan kecelaruan politik negara diselesaikan dengan pembentukan gabungan parti Melayu Islam yang kuat selain boleh bekerjasama dengan parti politik lain dalam negara.

“Impaknya jika ia dilakukan atas kepentingan peribadi, ia adalah satu benda yang amat merugikan daripada peluang atau potensi untuk menunjukkan satu persefahaman di kalangan permuafakatan dominasi parti Melayu Islam dalam negara ini.

“Ini jelas membuktikan bahawa permuafakatan Melayu Islam ini dilihat oleh rakyat sama ada ia boleh berlaku atau tidak. Inilah mesej yang cuba diberikan kepada rakyat yang jelas mahu supaya kancah dan kemelut politik Malaysia berakhir dan segala bentuk sokongan yang bercanggah dengan prinsip ini boleh menimbulkan keraguan khususnya kepada masyarakat Melayu Islam iaitu melihat satu bentuk kerjasama seperti yang telah dibuktikan oleh sejarah.

“Jelas formula ini amat berkesan, jadi perkara ini harus diberi perhartian yang serius oleh ahli-ahli politik negara, tidak kira sama ada mereka pemimpin atau ahli politik itu sendiri kerana gabungan yang berkisar kepentingan peribadi seperti ini jelas menimbulkan spekulasi dan boleh merencatkan peluang berlakunya sebuah perpaduan parti Melayu Islam untuk mengepalai dan memastikan kesejahteraan dan kestabilan politik negara berjalan dalam keadaan lancar,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, negara disifatkan sedang berhadapan dengan krisis moral apabila bekas Najib yang masih dalam perbicaraan pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram di mahkamah, dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).

Tegas Kit Siang, sepatutnya ini merupakan masa bagi ahli-ahli politik bersikap patriotik dengan menentang skandal 1MDB dan kleptokrasi. Dalam pada itu kata Dr Noor Nirwandy, sudah tiba masanya hierarki atau bentuk kepartian berasaskan perjawatan utama di negara ini diberi satu penilaian yang serius.

Jelasnya, isu itu bukanlah asas utama untuk penyatuan parti-parti politik khususnya dalam keadaan sekarang dalam kalangan perpaduan parti Melayu Islam kerana jelas ia menimbulkan banyak persoalan dan permasalahan khususnya dengan apa yang berlaku dalam kancah politik negara pada hari ini.

Berita penuh : //www.astroawani.com/berita-politik/tolak-jika-najib-letak-kepentingan-peribadi-berbanding-rakyat-penganalisis-267050

COMMENTS