Hanya guna dua bahan untuk jadikan cermin berkilat.. Ikut cara Jepun ini!

Hanya guna dua bahan untuk jadikan cermin berkilat.. Ikut cara Jepun ini!

MENCUCI cermin pintu, tingkap mahupun cermin muka di meja solek menjadi satu perkara remeh untuk dilakukan.

Apatah lagi bagi seorang ibu yang rutin hariannya sibuk menguruskan anak-anak serta keluarga dan dalam masa yang sama turut bekerja.

Ia sudah tentu menyebabkan masa yang ada sangat terhad dan semahunya bab membersihkan cermin rumah ingin dilakukan dengan senang dan pantas.

Seorang pengguna Twitter, @Pija Chan ada berkongsi cara efektif cuci cermin hanya guna dua bahan.

Katanya, dia suka guna tip itu kerana tak payah beriya nak tonyoh cermin, jimat tenaga.

Jom baca, hujung minggu nanti bolehlah mula cuci sana cuci sini.

“Tip ni i belajar dekat TV Jepun. Dah bertahun i buat dan memang sangat efektif digunakan lagi-lagi dekat cermin yang dekat dengan sumber air.

“All you need is these two! Lemon juice and kitchen towel!

“I guna lemon juice 100 peratus yang guna untuk masak tu je.

“Boleh je nak guna fresh lemon pon, yang penting jangan guna air jus lemon untuk minum sebab yang tu dah ada gula,” ciapnya.

1. Tuang jus lemon dalam pinggan (kalau guna fresh lemon korang perah dulu)
2. Campur dengan air sikit nak jimat jus lemon tu. Jangan buat cair sangat nanti tak berapa jadi
3. Rendam tisu dapur. Perah sikit, bagi tisu tu still basah so tisu boleh melekat dekat cermin.
4. Buka balik tisu tu, tampal dekat cermin, biarkan dalam 15 minit. Cabut tisu
5. Lap bersih-bersih yang basah tu pakai tisu dapur yang kering pulak dan hasilnya cermin yang bersih macam baru!

Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Mesti tak selesa bila kaki sakit waktu tidur malam kan? Ini antara punca utama nya!

Bukan semua belalang adalah pelesit.. Kenal pasti ‘belalang pelesit’ yang perlu dibunuh jika masuk ke dalam rumah!!

Pernah makan lembu golek tak? Hah ini lembu golek pertama di Malaysia.. Dari jauh dah boleh hidu bau aromanya!

+ posts