Hasil menabung seorang pemuda

Hasil menabung seorang pemuda

Dulu koleksi mainan watak animasi era 1980-an ini mungkin tiada nilai, tapi sekarang figura watak The Centurions dan singa Voltron yang masih dalam kotak boleh mencecah ribuan ringgit,” kata Norhisham Nordin, 48.

Dia berkata, kesukaran mendapatkan beberapa figura menyebabkan dia sukar menjualnya walaupun ditawarkan harga lumayan.

“Ada yang sanggup memberi tawaran mencecah RM10,000, tapi saya hanya jual jika ada koleksi lebih. Koleksi yang sukar ditemui memang payah untuk saya lepaskan,” katanya.

Menurutnya, dia memiliki figura Max Ray keluaran 1986 dari siri animasi The Centurions dan singa Voltron yang masih dalam kotak.

“Nilai figura The Centurions sekarang boleh mencecah sehingga RM2,000 untuk satu unit dan RM4,000 untuk singa Voltron. Mainan ini semua dibeli daripada simpanan saya sebagai penjawat awam tiap-tiap bulan,” katanya.

Norhisham berkata, hobi dan minatnya itu menjadi pendorong dia menabung.

“Semakin sukar untuk jumpa mainan itu, semakin tinggi harganya,” katanya.

Dia berkata, kebanyakan mainan yang dikumpul kebanyakannya datang siri animasi 80-an dan dia mula mengumpul sejak 2008.

“Ia sebenarnya mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak saya malah isteri dan anak-anak juga menyukai mainan ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga dapat meluangkan masa bersama anak melalui mainan itu dan berkongsi pengalamannya di zaman kanak-kanak.

Keterangan Gambar:

1.NORHISHAM bersama sebahagian daripada koleksi alat permainan retro miliknya

2.Centurions dan Voltron miliknya yang mencecah sehingga ribuan ringgit.

3. Sebahagian daripada koleksi alat permainan retro miliknya

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/654643/menabung-untuk-beli-mainan

COMMENTS