Honda Civic Hybrid RM118,485, Shahrir Samad bayar cash

Honda Civic Hybrid RM111,485, Shahrir Samad bayar cash

Honda Civic Hybrid RM118,485, Shahrir Samad bayar cash. Seorang eksekutif syarikat penjualan kereta mengesahkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Sharil @ Shahrir Ab. Samad membuat pembayaran penuh ketika membeli kereta Honda Civic Hybrid dengan harga RM118,485, sembilan tahun lalu.

Eksekutif Akaun Sutera Auto Sdn. Bhd. di Johor Bahru, Rozana Khalid, 43, berkata, pembayaran penuh harga kenderaan itu dibuat melalui sekeping cek.

Ujarnya, dia terlibat dalam proses penutupan akaun bagi pembelian kenderaan jenis Honda Civic Hybrid berwarna putih yang dibeli oleh pembeli iaitu Shahrir.

“Saya sahkan ini resit bayaran Sutera Auto Sdn. Bhd. bernombor 29684 atas nama Tan Sri Sharil @ Shahrir Bin Ab. Samad berjumlah RM118,485.00 bertarikh 26 Disember 2013,” jelasnya yang merupakan saksi pendakwaan ketujuh.

Rozana ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini turut mengesahkan imej cek berjumlah RM118,485.00 atas nama Sutera Auto Sdn. Bhd. bagi tujuan pembayaran pembelian kenderaan secara tunai di syarikat itu.

Honda Civic Hybrid RM111,485, Shahrir Samad bayar cash

Ketika ditanya pihak pendakwaan berhubung maksud pembayaran tunai, saksi itu berkata, pembayaran tunai bermaksud pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit, wang tunai atau cek.

Bagaimanapun, saksi itu berkata kebarangkalian pembayaran penuh secara tunai oleh mana-mana individu hanya berlaku sekitar satu hingga dua peratus sahaja dalam kalangan pembeli kereta syarikat penjualan kereta itu.

Pendakwaan hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan Natrah Fareha Rahmat.

Pada sesi pemeriksaan balas, peguam bela, Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah Al-Edros bertanya kepada Rozana sama ada dia pernah dihubungi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas mendepositkan cek bayaran RM118,485 kepada pihak bank.

Syed Faisal: Puan tahu bahawa kes ini melibatkan LHDN dan bukannya kes rasuah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Ada atau tidak, pihak LHDN menelefon Puan Rozana untuk merakam percakapan?

Rozana: Tiada.

Syed Faisal: Puan tidak ada menyerahkan sebarang dokumen kepada LHDN berkaitan dengan kenderaan ini?

Rozana: Tidak.

Mengikut pertuduhan, Shahrir didakwa tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek AmIslamic Bank Bhd. bertarikh 27 November 2013.

Cek itu kemudiannya dimasukkan ke dalam akaun Public Islamic Bank milik tertuduh pada 28 November 2013 dan dia didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 24 April 2014 di LHDN, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April, 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, saksi pendakwaan keenam, Nurrul Hafizah Md Roslan, 40, yang merupakan Eksekutif Sutera Auto Sdn. Bhd. di Johor Bahru memberitahu Shahrir telah membeli kereta Honda Civic Hybrid berwarna putih secara tunai melalui cek dan juga telah membuat bayaran penuh ke atas kenderaan yang dibeli.

“Saya merujuk kepada resit bayaran Sutera Auto Sdn. Bhd. bernombor 29684 atas nama Tan Sri Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad berjumlah RM118,485.00 bertarikh 26 Disember 2013. Saya sahkan ini adalah resit bayaran sutera Auto Sdn. Bhd. bernombor 29684 atas nama Tan Sri Sharil @ Shahrir Bin Ab Samad berjumlah RM118,485.

“Resit ini adalah salah satu dokumen yang berada di dalam fail pembeli dan disemak oleh saya semasa proses penyediaan invois,” kata saksi pendakwaan keenam itu ketika membaca pernyataan saksinya.

Ketika disoal balas oleh Syed Faisal, Nurrul Hafizah turut memberitahu dia tidak pernah dihubungi LHDN berhubung kes itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung esok.

BACA:

Rider ramai kena tipu bila ambil ‘order cash’, kisah pelanggan ini berkeras guna tunai buka mata ramai

‘Excited’ dapat jadi pengapit terbantut, penganitn minta sumbangan RM500 seorang

Jep Sepahtu buka akaun TikTok, video pertama terus FYP