Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?

Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?

Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?. Selepas Yamaha RX-Z menggemparkan arena sukan permotoran dengan harga jualan tidak masuk akal mencecah puluhan ribu ringgit, kini fenomena itu ‘berjangkit’ pula kepada jenama Honda.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga terkini bagi sebuah motosikal Honda EX-5 Dream baharu mencecah RM12,000 iaitu naik lebih sekali ganda pada harga asalnya dahulu.

Harga asal motosikal tersebut sebelum ini adalah bawah RM5,000.

Berdasarkan perkongsian tersebut motosikal yang diletakkan di sebuah kedai itu dikatakan dalam kondisi ‘NOS’ (New Old Stock) dan tidak pernah digunakan lagi.

Difahamkan, kebanyakan motosikal Ex-5 Dream dan High Power kini melambung harganya selepas tiada lagi pengeluarannya selepas ia digantikan dengan model baharu.

Honda Ex-5 Dream kini cecah harga RM12,000?

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga motosikal itu ketika ini dan mereka menyifatkan bahawa harga tersebut tidak masuk akal.

“Simpan buat denak sajalah, sampai RM12,000, RM13,000, baik beli kereta dah tentu tayar empat. Hujan panas tak kena,” tulis Sabri Gerik.

“Rugi beli sampai RM12,000, di kampung aku original Ex-5 pak long depan rumah nak jual RM3,000 je,” kata Black Raiders.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jamsari.

“Motosikal harga RM12,000 inilah aku bagi ‘free’ dekat kawan aku sebab dia tak ada kenderaan nak pergi kerja. Motosikal baru aku letak di rumah tak guna, jadi aku bagi kawan aku guna tanpa minta satu sen pun. Selepas motosikal itu kena curi, cuma tinggal geran saja,” ujarnya.

BACA:

Penangan TikTok, jualan kek licin dalam tempoh 3 jam

PM beri bayangan PRU tak lama lagi

Lelaki baran tengok isteri layan video lucah, nekad bakar isteri hidup-hidup