Hospital tak perasan masukkan jus lemon ganti platelet darah, pesakit denggi maut

Hospital tak perasan masukkan jus lemon ganti platelet darah, pesakit denggi maut. Seorang pesakit denggi di Uttar Pradesh di Utara India meninggal dunia selepas dia didakwa diberikan jus buah-buahan dan bukannya platelet darah, lapor Independent.

Pesakit berusia 32 tahun itu telah diberikan transfusi jus lemon manis dan bahan kimia yang dimasukkan ke dalam pek darah bagi menggantikan darah oleh sebuah hospital swasta, dakwa keluarga pesakit tersebut.

Selepas keadaan mangsa mulai merosot, dia telah dipindahkan ke hospital lain sebelum dilaporkan telah meninggal dunia.

Doktor di hospital terbabit memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa bahawa beg platelet yang diberikan hospital sebelumnya adalah palsu dan sebaliknya hanya mengandungi jus.

Ketika video ‘beg platelet’ palsu itu tular di media sosial, Timbalan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Brajesh Pathak telah mengarahkan Hospital Global dan Pusat Trauma di hospital swasta yang berada di bandar Prayangraj untuk segera ditutup.

Hospital tak perasan masukkan jus lemon ganti platelet darah, pesakit denggi maut

“… atas arahan saya, hospital itu telah ditutup dan beg platelet tersebut telah dihantar untuk ujian. Jika didapati bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap hospital tersebut,” kata Pathak pada Khamis lalu.

Pemilik Hospital swasta itu mendakwa bahawa platelet berkenaan telah dibawa oleh ahli keluarga pesakit dari pusat perubatan yang lain.

Pemilik hospital swasta itu dilaporkan telah meminta keluarga pesakit untuk menyediakan platelet darah bagi kegunaan pesakit, selepas platelet darahnya menunjukkan penurunan kepada 17,000.

Tambah pemilik hospital swasta itu lagi, mangsa telah menunjukkan reaksi selepas tiga pek unit platelet berjaya dipindahkan kepadanya.

“Mereka membawa lima unit platelet dari hospital lain. Selepas pemindahan pek ketiga, pesakit menunjukkan reaksi. Jadi kami hentikan pemindahan tersebut,” katanya lagi.

Dia juga menambah bahawa, unit platelet itu datang daripada hospital lain kerana berdasarkan pelekat label hospital berkenaan di pek darah tersebut.

Menurut abang ipar mangsa, dia dikatakan telah jatuh sakit pada 14 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke hospital swasta. Selepas analisis awal dilakukan, mangsa dikatakan telah menghidap penyakit denggi.

“Kami diberitahu bahawa dia menghidap denggi selepas ujian dibuat. Pada 16 Oktober, kami diberitahu bahawa dia memerlukan lapan unit platelet. Kami berjaya mendapatkan tiga unit platelet melalui derma darah yang dibuat oleh ahli keluarga,” kata abang ipar Pandey kepada The Indian Express.

Abang ipar mangsa kemudian didakwa membuat rundingan pembelian baki lima lagi unit platelet dengan anak kepada pemilik hospital tersebut dan membayarnya sebanyak RM 1,450 untuk lima unit platelet berkenaan.

“Apabila empat unit diberikan kepada adik ipar saya, keadaanya semakin teruk. Kemudian kami membawanya ke hospital swasta lain. Doktor di sana berkata terdapat pembekuan darah dalam badannya,” tambah abang ipar mangsa lagi.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia pada 19 Oktober lalu. Susulan dari kejadian itu, panel tiga anggota dilaporkan telah dibentuk oleh kerajaan bagi menyiasat kecuaian perubatan tersebut sementara hospital berkenaan ditutup.

BACA:

Cara Mas Idayu tegur pembantunya dikritik netizen, kurang menyenangkan!

Tular video ‘pak belang’ main belakang rumah siap masuk dalam bekas tadah air

Dr Amalina amal berpantang cara pantas, tak perlu tunggu 40 hari hanya 4 hari sahaja

+ posts