Hubungan Donald Trump dan isterinya retak menanti belah

Hubungan Donald Trump dan isterinya retak menanti belah

Perkahwinan Donald Trump dan isterinya, Melania selama 15 tahun dilaporkan retak menanti belah, selepas Trump tewas pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Bekas pembantu Trump, Omarosa Manigault Newman, berkata perkahwinan pasangan itu sudah pun berakhir.

Katanya, Melania mengira setiap minit sehingga Trump meninggalkan Rumah Putih supaya beliau boleh bercerai.

“Jika Melania cuba mengambil tindakan memalukan dan meninggalkannya ketika beliau (Trump) masih dalam jawatan, beliau akan mencari jalan untuk menghukumnya,” katanya.

Walaupun kelihatan dingin di khalayak ramai, Melania, 50, mendakwa beliau mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya yang berusia 74 tahun itu, manakala Trump pula mendakwa mereka tidak pernah bergaduh.

Perjanjian praperkahwinan antara Trump dan isteri keduanya, Marla Maples menghalang wanita itu daripada menerbitkan sebarang buku atau memberi wawancara yang mengkritiknya.

Peguam Christina Previte berkata, Melania juga kemungkinan sudah bersetuju dengan perjanjian yang sama.

Melania sebelum ini berkata, beliau menangis ketika suaminya memenangi pilihan raya presiden pada 2016 dan seorang rakannya mendakwa beliau sebenarnya tidak menyangka Trump akan menang.

Melania menunggu lima bulan sebelum berpindah dari New York ke Washington, atas alasan anak mereka, Barron perlu menamatkan persekolahan.

Bagaimanapun, bekas pembantu mereka, Stephanie Wolkoff, mendakwa Melania sedang berunding mengenai perjanjian pasca perkahwinan untuk memberi Barron bahagian yang sama daripada harta Trump

Berita Penuh :https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/11/751972/perkahwinan-trump-melania-menunggu-masa-berakhir

COMMENTS