Hubungan Wak Doyok, A.Aida dapat restu netizen

Hubungan Wak Doyok, A.Aida dapat restu netizen. Pelakon dan usahawan, Wak Doyok sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan penerbit terkenal, Datuk A. Aida. Betul ke?

‘Celebrate’ ulang tahun kelahiran bersama?

Menerusi foto yang dimuat naik oleh Wak Doyok di Instagram, memaparkan A. Aida sedang merangkul pinggang pelakon itu dari belakang.

Hubungan Wak Doyok, A.Aida dapat restu netizen

Difahamkan, Wak Doyok menyambut ulang tahun kelahirannya dan telah menjemput penerbit itu ke majlis berkenaan. Namun, kapsyen ‘restu’ yang ditulis oleh pelakon berusia 43 tahun itu menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Bukan itu sahaja, kemesraan yang dipaparkan oleh Wak Doyok dan A. Aida secara tidak langsung membuatkan ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan spekulasi mengenai status hubungan mereka.

Malah, ada juga di antara netizen yang merestui hubungan pasangan itu kerana mereka kelihatan sepadan.

Respon netizen

BACA:

Rupanya ini maksud sindiran Nabil terhadap Elly Mazlein

Safawi Rasid sah bergelar suami Syifa Melvin

Nor Albaniah tak kisah kerja cleaner toilet, janji orang selesa

+ posts