Ibu kekasihnya meninggal dunia, kahwini bapa kekasih untuk hilangkan kesedihan

Ibu kekasihnya meninggal dunia, kahwini bapa kekasih untuk hilangkan kesedihan

Seorang wanita sanggup mengahwini bapa teman lelakinya bagi menghilangkan kesedihan kekasihnya.

TimesNowNews melaporkan kisah itu dikongsikan seorang pengguna TikTok @ys.amri yang mendedahkan bertindak sebegitu selepas ibu teman lelakinya meninggal dunia.

Dia mengakui sanggup melakukan apa saja bagi memberi semangat kepada teman lelakinya dalam tempoh sukar.

“Ibu teman lelaki saya meninggal dunia. Oleh kerana tidak mahu dia sedih, saya ambil keputusan berkahwin dengan bapanya.

“Saya lakukannya supaya teman lelaki saya dapat merasakan kasih sayang seorang ibu,” katanya.

Februari lalu, seorang wanita berusia 44 tahun melarikan diri bersama teman lelaki anak perempuannya yang sedang hamil menyebabkan seluruh keluarganya terkejut.

Hubungan antara mereka bermula ketika Jess Aldridge, 24, yang hamil dan teman lelakinya, Ryan Shelton berpindah ke rumah ibunya, Georgina akibat Covid-19 di sebuah rumah dekat Stow-on-the-Wold, Gloucestershire di England.

Lebih menyedihkan semuanya terlambat apabila ibu dan teman lelakinya sudah berkahwin.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/765259/kahwini-bapa-kekasih-konon-hilangkan-sedih

COMMENTS