Individu dedah kisah jumpa lelaki lawat kubur buat netizen sebak, ‘Saya tanya kubur sapa ni? Tak sangka ni jawapan dia’

Assalamualaikum anak2 muar semua, ada sedikit perkongsian untuk semua , post ni hanya niat nak share bukan mengaib kan atau lain2.

Semalam saya dan adik pergi ziarah kubur arwah ayah kami di Kampung Belemang,Serom 3 .

Sewaktu kami tengah bersih2 kan kubur ,terdengar suara lelaki baca yassin sangat jelas dari jauh.

Individu dedah kisah jumpa lelaki lawat kubur buat netizen sebak, 'Saya tanya kubur sapa ni? Tak sangka ni jawapan dia'

Btw adik saya ni memang duduk di area pekuburan ni.adik saya kata sejak 2-3 bulan ni memang kerap laki ni datang ziarah kubur. sampai ada satu hari tu jam 8 (malam anggaran lepas mahgrib) terpikir sejenak, berani betul budak ni dan membuat perasaan ingin tahu .

dan selepas kami kemas, adik saya masuk dalam kereta dan saya pergi ke lelaki tu.saya bagi salam dan tanya dari mana.rupanya dia ni buka orang Serom atau orang johor dia ni dari kl.dari pandangan nampak dia ni orang yang have2 dengan kereta mewah.

selepas tu saya tanya la kubur sapa ni? tahu tak apa jawapan dia. “ni kubur kawan saya” Allah terkejutnya saya , sebab saya ingat kubur mak dia ke ,ayah dia ke atau keluarga dia ke.

May be an image of 1 person and grass

Sebab hampir setiap minggu siang malam ziarah kubur.cuma saya taktahu la kawan dia tu laki ke perempuan.

kebetulan adik saya pun keluar kereta dan datang sambil tanya “abang selalu juga datang saya nampak sampai ke malam” jawab dia “saya kalau ada kerja di johor mesti saya singgah, kadang2 sampai sini jam 11 malam pon pernah”.

Allahu hebat nya kesetiaan persahabatan beliau.taklama lepas tu azan maghrib berkumandang. dengan sopan dia cakap nak beransur (sambil mata berair melihat kubur)

Harini Allah memberi kesedaran bahawa masih ada lagi Manusia baik di muka bumi Allah ini.

Cuma saya tak sempat tanya nama beliau.jika tuan badan melihat izinkan saya berkongsi cerita ini ya.

BACA :

‘Mentang-mentang aku miskin, lelaki jahat licik ambil kesempatan’
Penggali kubur kongsi liang lahad juruterbang nahas pesawat di Elmina, ‘Cantik betul nampak macam ada lapisan emas’
‘Saya CPR dari rumah.. dia tak sedar, dia tak sedar.. Tolong tolong suami saya’