Individu rasis terhadap pemain badminton negara merupakan ahli Bersatu Kelantan

Individu rasis terhadap pemain badminton negara merupakan ahli Bersatu Kelantan

Seorang individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona meletak jawatan daripada parti Bersatu.

Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

BACA JUGA : Exco kerajaan negeri Melaka mula kemas barang masuk kotak

“Saya dapat makluman, pemimpin itu telah menghantar surat perletakan jawatannya dalam Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

“Dia juga telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

BACA JUGA : ‘Sedap’ cuti panjang, 800 pelajar sekolah menengah tak nak pergi sekolah sebab dah kahwin

Difahamkan, individu tersebut merupakan naib pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

BACA JUGA : Gempar !!! Ketua penerangan Warisan keluar parti, ini penjelasannya..

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.

BACA JUGA : Parti Negara Malaysia akan dilancarkan, Ini penjelasan Zuraida

“Saya kecewa dengan semua yang berlaku dan berharap semua rakyat dan pemimpin mesti berhati-hati dalam apa juga tindakan yg boleh merosakkan keharmonian keluarga Malaysia,” kata Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/sukan/593881

COMMENTS