Influenza boleh sebabkan radang otak, ambillah vaksin

Influenza boleh sebabkan radang otak, ambillah vaksin. BARU-BARU ini, kes wabak influenza semakin meningkat dan membimbangkan di kalangan kanak-kanak termasuk orang dewasa.

Justeru suami kepada pelakon Ummi Nazeera yang juga seorang doktor iaitu Dr. Izzar menasihati agar setiap keluarga mengambil vaksin influenza bagi mencegah daripada terkena penyakit ini.

Kes influenza di Malaysia makin meningkat. Influenza ni sememangnya penyakit bermusim. Sebab tu kami sekeluarga amik vaksin influenza untuk mencegah dari mendapat penyakit influenza yang boleh menyebabkan, bronchitis, atau radang otak.

“Lagipun nanti berkumpul semasa raya, risiko jangkitan akan makin meningkat,” katanya.

Dr Izzar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Influenza boleh sebabkan radang otak, ambillah vaksin

Menerusi hantaran itu dia memuat naik rakaman video sewaktu membawa keluarganya ke klinik untuk mengambil suntikan vaksin berkenaan.

Menurutnya lagi, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana wabak itu datang bermusim.

“Vaksin influenza ni kena ambil setiap tahun sebab strain virus influenza ni berubah ubah. Jadi vaksin yang dihasilkan pun berubah setiap tahun

“Ingat tak pada hujung tahun 2019 sebelum covid melanda, kes influenza tiba-tiba naik mencanak. Sampai banyak klinik atau hospital kehabisan stok vaksin influenza?

“Boleh ambil vaksin influenza ni dari umur 6 bulan ke atas.

“Musim Jangkitan Influenza di Malaysia: –

Januari – Mac
Julai – September
November – Disember”

Dr. Izzar dan Ummi mempunyai dua orang cahaya mata yang mana kedua-duanya perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

BACA:

Rozita Che Wan sekolahkan netizen kerana kritik anaknya

Syamsul Yusof luah rasa kecewa terhadap Finas

Khaby Lame dedah beragama Islam, Hafaz Al Quran

+ posts