“Ingat nak tolong angkat barang, rupanya dia nak ramas punggung saya, kasar pulak tu..” Seorang wanita dicabul lelaki tidak dikenali di pakir sebuah bangunan di Cyberjaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam kejadian 2 petang mangsa seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun menaiki lif dari tingkat tiga ke tingkat satu. Ketika itu, ada tiga individu dalam lif berkenaan.
Apabila tiba di tingkat satu, mangsa ke tempat letak kereta untuk menyimpan barang dalam kenderaannya. Secara tiba-tiba, seorang lelaki menghampiri wanita berkenaan dan mahu membantu dengan mengambil troli dibawa mangsa.
“Mangsa menolak permintaan itu dan suspek tetap mengambil barangan mangsa dan membantu memasukkannya ke dalam kenderaan,” katanya.
Wan Kamarul berkata, secara tiba tiba lelaki itu telah menyentuh dan meramas punggung mangsa dengan kasar dan terus melarikan diri.
Mangsa menyatakan lelaki itu berpakaian serba hitam, menyandang beg silang warna hitam, memakai pelitup muka yang tidak pasti warnanya, manakala rambut dan kulit suspek berwarna gelap.
Katanya, mangsa melihat lelaki itu bermata juling dan menyatakan tidak mengenali suspek serta tidak pernah berjumpa sebelum ini.
“Perbuatan mangsa turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pakir itu. Siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
BACA:
Ibu bapa bayi berkepala dua terkejut anaknya dilahirkan begitu, ingatkan kembar
Menitis air mata Abang kepada Yasin bila teringat apa yang Yasin sebut padanya
Ini 7 jenis kereta ‘sport’ yang paling jimat petrol dengan enjin terkini