[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ini 7 jenis kereta ‘sport’ yang paling jimat petrol dengan enjin terkini. kereta bengkel kereta near me insurans kereta kereta mewah kereta sorong main dalam kereta roadtax kereta tinted kereta bateri kereta bengkel kereta [/bg_collapse]
Ini 7 jenis kereta ‘sport’ yang paling jimat petrol dengan enjin terkini. Biasanya kalau orang sebut sahaja pasal kereta sport, perkara pertama yang akan melintas dalam kepala kita ialah berapa kuasa maksima enjin yang boleh dihasilkan. Jadi faktor penjimatan bahan api boleh la kita letak ke tepi.
Namun dengan teknologi enjin terkini, penjimatan bahan api dan kuasa berada pada satu titik yang seimbang. Nak kata jimat macam Axia 3 silinder tu tak boleh la, tapi kalau kita bandingkan dengan kereta sport zaman 90 an dulu, sekali dia tekan pedal minyak keluar macam air paip.
Salah satu sebab yang mendorong kepada penjimatan bahan api ialah tekanan dan peraturan antarabangsa terhadap pelepasan gas karbon dioksida menjadikan enjin semakin cekap. Secara tak langsung pemilik boleh menggunakan kereta sport ini sebagai kereta dipandu setiap hari, bukan kereta litar semata-mata
1. Mini Cooper -dikuasakan dengan enjin 1500cc 3 silinder B38A15 lengkap dengan teknologi turbocaj dan juga sistem suntikan bahan api terus.
Enjin BMW 3 silinder ini menghasilkan 134 kuasa kuda dan 220Nm tork
Apabila dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual ia berupaya memberikan bacaan 12km per liter untuk pemanduan bandar dan 16km per liter untuk lebuhraya. Dinamik pemanduan Mini adalah keras, ibarat memandu go-kart dan sangat responsif terhadap input stering.
2. Mazda Miata MX-5 – jurutera Mazda berjaya menghasilkan sebuah kereta sport 2 pintu dengan bacaan sekitar 14.8km bagi setiap liter petrol dengan beberapa keadah. Pertama berat keseluruhan MX-5 hanyalah sekitar 1057kg sahaja termasuk suspensi double wishbone di belakang
Ini dicapai dengan cesi aluminium dan juga mengimbangkan berat cesi pada kadar 50:50 di gandar depan dan belakang. Kedua, Mazda juga membangunkan enjin SkyActiv-G yang menggunakan kaedah bagi mencapai penjimatan bahan api dan kuasa.
Enjin ini menggunakan sistem suntikan bahan api terus, nisbah mampatan sehingga 14:1, sistem VVT yang berupaya beroperasi dengan kitaran Atkinson sewaktu kuasa enjin tidak diperlukan. Ia menjana sekitar 155 kuasa kuda dan 200Nm tork, disalurkan pada transmisi 6 kelajuan manual SkyActiv.
3. Alfa Romeo 4C – sewaktu kecil nama Alfa dimomokkan dengan nama Alparopminyak. Tapi model 4C (Mid Engine, Rear Wheel) ini membuktikan sebaliknya walaupun dikuasakan dengan enjin 1750cc 4 silinder sebaris dengan turbo dan juga suntikan bahan api terus. Ia menjana sekitar 237 kuasa kuda dan 350Nm tork.
Dari segi prestasi, kereta sport enjin tengah pacuan belakang ini boleh memecut 0-100 dalam masa 4.5 saat sahaja dan halaju maksima ditetapkan pada 260km/jam. Dengan penggunaan transmisi DSG 6 kelajuan, ia mencatatkan bacaan purata sekitar 17.6 kilometer per liter petrol
Alfa Romeo 4C merupakan sebuah kereta sport dengan pengendalian bagus, brek responsif, seimbang dari segi agihan berat dan dinamik pemanduan ibarat sebuah supercar bajet.
4. Fiat 124 Spider Abarth -cesi kereta sport ini diambil dari Mazda Miata MX-5 tapi ia menggunakan enjin 1400cc turbo 4 silinder dari kumpula FCA yang menjana 164 kuasa kuda dan 250Nm tork. Ini menjadikan berat Fiat 124 ialah 1104kg
Bacaan purata bahan api ialah sekitar 11km per liter bagi pemanduan bandar dan 14.8km per liter bagi pemanduan lebuhraya. Dengan sedikit talaan suspensi yang berbeza daripada MX-5, ia ditawarkan dalam 2 varian samaada manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan.
5. Porsche 911 Carrera – walaupun telah diperkenalkan sejak tahun 2017, tapi enjin dan juga unit transmisi yang lebih baik telah digunakan semenjak tahun 2018. Enjin boxer 3000cc 6 silinder turbo berkembar menggantikan enjin 3400cc NA dan 3800cc NA.
Enjin ini menjana 370 kuasa kuda bagi varian biasa dan 420 kuasa kuda bagi varian S, semua lebih berkuasa daripada model lama. Dengan gabungan transmisi PDK (DSG) ia boleh memecut 0-100km/j dalam masa 3.2 saat
Bagi menjadikan 911 Carrera lebih efisyen, ia direka dengan lebih ringan, enjin suntikan bahan api terus, sistem turbo dan juga datang dengan ciri Start/Stop. Bagi pemanduan di bandar ia mencatatkan bacaan sekitar 9.3km per liter dan menjadi 12.3km per liter di lebuh raya, angka yang bagus untuk supercar.
6. Audi TT Coupe – ditawarkan dengan enjin aluminium yang baru, 19kg lebih ringan berbanding sebelum ini. Ada 2 pilihan varian samaada TT Coupe atau TTS Coupe dengan 2 enjin yang berbeza. TT Coupe ditawarkan dengan enjin 2.0 Turbo 4 silinder menawarkan 220 kuasa kuda dan 350Nm tork.
TTS pula menggunakan enjin 2.5 Turbo 5 silinder sebaris menjana 292 kuasa kuda dan 380Nm tork. Model TT Coupe memberikan bacaan sekitar 9.8km per liter untuk laluan bandar dan 12.7km per liter di lebuh raya. Varian TTS pula berbeza sedikit di laluan lebuhraya iaitu pada 11.5km per liter. Semua varian ditawarkan dengan sistem AWD dan 7 kelajuan DSG.
7. BMW Z4 – Selepas 3 tahun pembangunan cesi bersama-sama Toyota, BMW menghasilkan model Z4 pada tahun 2018 diikuti dengan Supra oleh Toyota. Namun semua model samaada 2.0 turbo atau 3.0 turbo menggunakan enjin yang dibekalkan oleh BMW
Semua enjin datang dengan Sistem Suntikan Bahan Api Terus Ketepatan Tinggi, sistem Valvetronic dan Double Vanos bagi menghasilkan 20% lebih cekap tenaga. Model 2.0 Twin Power Turbo 4 silinder menghasilkan 255 kuasa kuda dan 352Nm tork
Varian 3.0 turbo 6 silinder menjana sehingga 382 kuasa kuda dan 500Nm tork. Semua varian dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik buatan ZF Transmission. Varian 2.0 memberikan bacaan sekitar 10.6km per liter untuk laluan bandar dan 13.6km per liter untuk lebuh raya. Varian 3.0 hanya kurang sedikit iaitu sekitar 13.1km per liter di lebuhraya
8. Myvi 1.5 – halaju maksimum 185km per jam dan masih berikan penjimatan petrol sekitar 17km per liter. Tak boleh tulis banyak nanti ramai kritik.
Mungkin inilah kali terakhir kita akan melihat kereta sport dihasilkan dengan enjin petrol sepenuhnya. Ini kerana beberapa syarikat automatif seperti Mazda sudah mengumumkan bahawa model MX-5 seterusnya akan menggunakan teknologi hibrid sebelum beralih kepada teknologi elektrik sepenuhnya.
BACA:
Pesawat Russia terhempas, 41 orang terkorban
Nabila Razali buka mulut putus cinta dengan seseorang
Peminat ramal model terbaru Geely ini bakal ganti Proton Preve