Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya. Rasa seperti tidak berbaloi untuk beli baru sekiranya keadaan pintu plywood rumah mempunyai sedikit kerosakan seperti berlubang kecil atau pecah. Ada cara DIY atau baikinya sendiri dengan cara menampalnya untuk menjimatkan kos pengeluaran anda.

Melalui perkongsian idea dari Puan Ashura, jumlah membaiki 4 pintu di rumahnya tidak sampai RM50 pun dan ini tidak termasuk cat. Justeru itu, mari ikuti perkongsian DIY untuk membaiki pintu rumah kayu yang berlubang seperti di bawah ini.

DIY MUDAH REPAIR PINTU PLYWOOD RUMAH YANG BERLUBANG

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

So, rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri dan nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, Insha Allah.

Total repair 4 pintu, Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, busuk-busuk RM480 lah terbang termasuk upah install. Itu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.

DIY MEMBAIKI PINTU KAYU RUMAH

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

BARANG-BARANG:

  • Scrapper
  • Kertas pasir
  • Pisau
  • PU Foam Spray
  • Filler
  • Self adhesive joint tape

PROSES:

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

1. Kemaskan pintu yang berlubang dengan menggunakan scrapper.

2. Setelah itu, tembak PU Foam di tempat berlubang tersebut. Selepas sejam, potong lebihannya dan ratakan.

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

3. Lekatkan pula joint tape di atas PU Foam tersebut.

4. Kemudian sapukan wood filler.

Ini cara DIY baiki pintu plywood, murah je kosnya

5. Lepas segalanya kering, kemaskan ia dengan kertas pasir.

6. Kemudian pintu boleh dicat. Dah settle!

Semoga bermanfaat!

BACA:

Baru pasang karpet dah banjir, masjid rugi RM100,000

Tiket kapal terbang tipu, lelaki ini terima padah

Riena Diana tak jadi kahwin, reda putus cinta

+ posts