Ini ikan paling mahal yang hidup di Sarawak, tengok harga rasa nak pitam

Ini ikan paling mahal yang hidup di Sarawak, tengok harga rasa nak pitam. Kenali ikan paling mahal dunia yang hidup di Sarawak, nak pengsan tengok harga. Dua, tiga hari ini, media sosial Malaysia dihujani dengan isu ikan siakap yang tular dengan beberapa kejadian. Sehingga ada beberapa individu menggelarkan ikan siakap sebagai makanan orang kayangan.

Boleh mencecah RM1,800 sekilo

Tapi tahukah anda ada spesis ikan yang popular di sungai Sarawak yang diberi nama ikan Empurau. Harga ikan Empurau ini boleh mencecah RM1,800 sekilo. Manakala, dalam pasaran Sarawak pula boleh mencecah RM800-RM1,000 sekilo.

Harga yang disebutkan adalah bagi ikan Empurau liar sahaja. Bagi ikan Empurau yang diternak, harganya jauh lebih murah dan bergantung kepada saiz ikan berkenaan.

Kenapa ikan ini terlalu mahal harganya?

Ini ikan paling mahal yang hidup di Sarawak, tengok harga rasa nak pitam

Selain permintaan yang tinggi terhadap ikan empurau, harganya yang melambung tinggi juga disebabkan ikan ini amat sukar didapati atau ditangkap.

Ini kerana habitat ikan empurau liar memerlukan persekitaran air yang sejuk, air sungai yang bersih, dan berarus cepat. Hanya di kawasan hulu sungai di Sarawak ada kondisi sebegini.

Empurau liar juga memakan buah-buahan sungai seperti “engkabang” yang menjadikan daging dan lemaknya mempunyai aroma harum yang tersendiri apabila dimasak.

Kenali ikan paling mahal dunia yang hidup di Sarawak, nak pengsan tengok harga

Ikan eksotik ini mahal disebabkan ia hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, iaitu makanan ruji ikan empurau yang mampu memberikan rasa berlemak pada isi ikan dan mempunyai aroma harum tersendiri apabila dimasak.

Ikan empurau liar, yang digelar emas Borneo, hidup dalam habitat sungai yang bersih, sejuk, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai berbatu menyebabkan ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari.

Seorang peniaga empurau ditemui di sini, Loh Hoe Hua berkata kebiasaannya beliau mendapat bekalan empurau dengan membeli ikan tersebut daripada mereka yang ‘bertuah’ dapat menangkapnya di sekitar sungai seperti Sungai Rajang, Sungai Baram dan Sungai Baleh.

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam penjualan ikan empurau dan spesies ikan sungai Sarawak seperti semah, baung, tapah dan tengadak, beliau berkata empurau sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha restoran serta orang kenamaan yang sanggup datang dari Kuching dan Kuala Lumpur untuk membeli ikan tersebut kerana ia sukar didapati, memandangkan kadar pembiakannya lambat membesar dan bermusim.

Kebiasaannya, Loh berkata ikan empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides dengan berat lebih tiga atau empat kilogram dijual pada harga lebih mahal kerana isinya lebih padat dan kenyal.

Loh juga menunjukkan ikan empurau seberat 8.2 kilogram dengan harga mencecah RM7,000 yang telah disejukbekukan, menunggu giliran untuk dijual kepada seorang pembeli dari Kuching.

Selain dapat melihat Raja Sungai dengan lebih dekat dan berpeluang merasai sendiri ikan mewah yang dimasak secara kukus, tidak menafikan rasanya amat berbeza dengan ikan-ikan lain – kenyal, berlemak, sedikit manis dan baunya agak wangi – menjadikannya hidangan eksklusif.

BACA:

Keadaan terkini Nad Zainal semakin baik

Hamzah masih bangkit isu ‘homoseksual’ dalam Dewan Rakyat

Pernah terima kacip pinang dalam kain kuning, Siti Nordiana kongsi pengalaman seram

+ posts