Ini kaedah sebenar cuci langsir guna mesin basuh agar tak rosak

Ini kaedah sebenar cuci langsir guna mesin basuh agar tak rosak. Cara sebenar cuci langsir guna mesin basuh supaya tak rosak.Hari Raya Aidilfitri sudah hampir menjelma.

Selain pakaian, rumah juga perlulah kita raikan dengan menukar beberapa item baru atau yang lebih cantik. Sebagai contohnya langsir. Tidak perlu beli baru, cukup sekadar anda tukar dengan langsir yang mungkin telah lama tersimpan dalam stor.

Namun dalam masa singkat anda perlu mencucinya semula sebelum dipasang. Usah risau, kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa step cuci langir menggunakan mesin basuh.

Ini kaedah sebenar cuci langsir guna mesin basuh agar tak rosak

KITARAN SESUAI

Pilih kitaran atau mode cucian yang sesuai. Jika mesin basuh anda dilengkapi dengan kitaran basuhan fabrik lembut, maka pilihlah sistem itu. Manakala, jika sebaliknya pilihlah penggunaan kitaran cool wash atay slow spin.

PENCUCI FABRIK

Untuk pencuci fabrik, cukup sekadar anda gunakan sebagai dua penutup botol sahaja. Boleh guna pencuci fabrik harian yang selalu anda gunakan.

KOTORAN DEGIL

Jika langsir anda ada kotoran degil, maka selebih lakukan cucian pastikan anda lakukan rendaman dahulu. Rendam sahaja di dalam mesin basuh kira-kira 15 hingga 30 minit dengan menggunakan sebatian baking soda dan cuka putih. Selesai rendam, bilaskan dengan air dan mulakan cucian.

MUDAH RENYUK

Jika langsir anda dari kain mudah renyuk, elakkan mencucinya dengan menggunakan mesin basuh. Lakukan sahaja dengan cucian tangan agar ia tidak terlalu merenyuk.

HARUMAN FABRIK

Bagi mengekalkan langsir sentiasa nampak cantik dan bebas bau kurang menyenangkan anda boleh guna mesin hampagas atau berus lembut untuk hilangkan kotoran dan habuk. Selain itu boleh lakukan semburan haruman fabrik untuk bau lebih wangi.

BACA:

Impian pakai X50 berkecai, budak delivery henjut 180 km/j sampai eksiden

Ingatkan kaki sembang di TikTok, sekali cicit P.Ramlee tunjuk bukti

Lelaki tarik kereta pakai mask kedai RM2 curi tumpuan, “kita pakai yang hauk punya..”