Ini punca sebenar baju pemain Barcelona ini tiada logo kelab dan penaja

Ini punca sebenar baju pemain Barcelona ini tiada logo kelab dan penaja barcelona fc barcelona juventus vs barcelona

 

Misteri sebalik persoalan mengapa jersi Ferran Torres berbeza dari jersi rakan sepasukannya yang lain, dengan tiada logo kelab di hadapan kini telah diperjelaskan secara terperinci.

Para peminat bingung memikirkan mengapa Torres bermain dengan jersi beliau tidak ada logo Barcelona atau logo Nike di bahagian depan ketika aksi babak kedua pertemuan bertemu Napoli semalam.

Barcelona melayan kunjungan Napoli ke bumi Nou Camp untuk aksi leg pertama pusingan 32 terbaik saingan Europa League.

Mana-mana peminat pun akan perasan yang jersi Ferran Torres berbeza dari jersi rakan sepasukannya yang lain, terutama ketika beliau meraikan gol jaringannya.

Ferran Torres berjaya menjaringkan gol untuk Barcelona menerusi sudut sepakan penalti dan gol jaringannya itu berjaya membantu Barca untuk mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Napoli.

Apa yang membuatkan peminat rasa pelik, pada aksi babak pertama, Ferran Torres memakai jersi biasa sama seperti rakan sepasukannya yang lain.

Para peminat mula membuat spekulasi sendiri tentang mengapa beliau memakai jersi pelik tersebut, namun kini penjelasan yang lebih terperinci tentang hal tersebut telah didedahkan kepada umum.

Menurut sumber laporan dari AS, jersi Ferran Torres berbeza dari jersi rakan sepasukannya yang lain kerana telah berlaku kesalahan ketika printing.

Ya, salah print dan bukanlah kerana Ferran Torres mahu membuat bantahan terhadap kelab ataupun penaja kelab.

Kesilapan itu gagal dikesan oleh staff Barcelona dan Ferran Torres sendiri, yang memutuskan untuk memakai jersi tersebut selepas rehat separuh masa.

Ferran Torres menangis teresak-esak kerana gagal bantu Barca catat kemenangan

Ini punca sebenar baju pemain Barcelona ini tiada logo kelab dan penaja barcelona fc barcelona juventus vs barcelona

Hanya dua gol sahaja yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini, yang mana aksi pertembungan antara mereka berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Napoli berjaya mendahului aksi babak pertama menerusi Piotr Zielinski dengan pemain midfield itu berjaya memanfaatkan bola muntah yang diselamatkan oleh Marc-Andre ter Stegen.

Barcelona perlu menunggu sehingga minit ke-59 permainan untuk menyamakan kedudukan, dan penjaring untuk gol penyamaan mereka adalah penandatanganan Januari kelab, Ferran Torres.

Bekas pemain sayap Manchester City itu berjaya menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti, selepas VAR mengesahkan yang bola hantaran dari Adama Traore terkena tangan Juan Jesus.

Ia sebenarnya keputusan yang agak kejam dari pengadil dan VAR kerana bola sepertinya hanya terkena jari Jesus , namun mengikut buku ia tetap penalti.

Gol tersebut merupakan gol kedua jaringan Ferran Torres sejak dari awal beliau menyertai Barcelona bulan lalu, dan sejujurnya gol itu juga menyelamatkan beliau dari dihentam atas aksi hambar yang beliau pamerkan ketika bertemu Napoli.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu langsung tidak memberikan impak dalam perlawanan terbuka dan hanya mencatat nama sebagai penjaring gol kerana menyempurnakan sepakan penalti.

Beliau turut dipersalahkan kerana telah mempersia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol, termasuk satu kesempatan emas pada aksi babak pertama, selepas menerima bola umpanan cantik dari Pierre Emerick Aubameyang.

Di bawah merupakan video bagaimana teruknya aksi Ferran Torres hingga terlepas kesempatan emas untuk menjaringkan gol.

Dalam aksi sebelum ini, Torres turut berkesempatan untuk menjaringkan gol kemenangan Barcelona, namun malangnya beliau gagal untuk memanfaatkan kesempatan emas di minit-minit akhir perlawanan untuk menjadi wira Barca.

Ketika beraksi bertemu Napoli awal pagi tadi, Ferran Torres sendiri sedar yang beliau beraksi hambar dan turut menjadi punca mengapa Barcelona hanya mampu mengutip satu mata sahaja.

Dek kerana rasa bersalah, pemain berusia 21 tahun itu menangis teresak-esak selepas wisel penamat dibunyikan.

Beliau hanya mampu menangis untuk menyesali aksi dungu yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini, dengan para pemain serta staff Barcelona terpaksa memujuk dan menenangkan beliau.

Bahkan pemain pasukan lawan sendiri turut cuba menenangkan beliau supaya berhenti menangis sebelum kesemua mereka meninggalkan padang.

Walaupun beliau merupakan pemain bola sepak profesional, namun harus difahami juga yang Ferran Torres juga merupakan manusia dan sudah tentu beliau merasa sedih dan terkilan dengan hal yang berlaku.

Beliau jelas sekali rasa bersalah kerana menjadi punca mengapa Barcelona gagal untuk mencatatkan kemenangan dalam aksi leg pertama bertemu Napoli.

Walau beliau pamer aksi hambar dalam perlawanan ini, namun harus diakui juga yang Torres sebenarnya sudah memberikan 100% ketika bertemu Napoli, dan turut sudah berusaha keras untuk berikan sesuatu.

Satu hal yang pasti, keberanian beliau mahu mengambil sepakan penalti itu harus dipuji kerana tak ramai pemain dalam dunia bola sepak akan ada keberanian seperti beliau.

Kebanyakan pemain, selepas mereka gagal memanfaatkan begitu banyak kesempatan dalam sesebuah perlawanan, sudah tentu mereka tidak akan ada keberanian untuk tampil mengambil sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, hal itu tidak berlaku pada Ferran Torres dengan bintang Sepanyol itu tetap tenang untuk tampil mengambil sepakan penalti, dan turut menjaringkan gol dari kesempatan tersebut.

Walau ada segelintir peminat yang tak henti-henti mengkritik persembahan Ferran Torres di media sosial, namun legenda kelab sendiri, Carles Puyol pula yakin yang Ferran akan jadi wira Barcelona satu hati nanti.

Pemain pertahanan terhebat sepanjang zaman itu menulis di laman twitter miliknya dengan menyatakan:

“@FerranTorres20 akan beri kita lebih banyak kegembiraan. Visca Barca.”

Kata-kata semangat yang jelas sekali akan mampu memujuk hati Ferran Torres dan memberi beliau semangat untuk kembali lebih hebat.

Tonton:

Berita Lain:

Bos Petronas hadiahkan pakej umrah kepada makcik ini, 28 tahun kerja isi minyak

Baby lahir 22.2.2022, ernie zakri dan Syamel luah rasa syukur

“Nak kahwin dengan saya, awak kena ready jaga adik saya”, sekarang dah jadi kawan baik

COMMENTS

Wordpress (0)