Ini senarai ranking MRSM terbaik di seluruh negara.Seramai 5,827 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian tinggi dalam semua subjek peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata, pencapaian pelajar MRSM adalah kejayaan yang memberangsangkan susulan mereka adalah kohort yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Katanya, calon SPM 2021 ini berhadapan dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan hanya berpeluang mengikuti pembelajaran secara bersemuka selama tiga bulan sahaja.
“Mengambil kira cabaran yang dihadapi, 904 orang calon MRSM memperoleh semua A merangkumi A+, A dan A-,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, keputusan bagi subjek Bahasa Melayu menunjukkan pencapaian Gred Purata Subjek (GPS) 1.097 dengan 6,682 calon memperoleh gred A, manakala subjek Bahasa Inggeris mencapai GPS 1.577 melibatkan 5,749 calon.
Secara keseluruhan keputusan SPM 2021 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.536 dengan empat maktab merekodkan prestasi cemerlang dengan GPM kurang daripada 2.0 iaitu MRSM Taiping, Perak; MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka; MRSM Langkawi, Kedah dan MRSM Tun Abdul Razak, Pahang.
Berikut dikongsikan senarai ranking MRSM terbaik mengikut keputusan SPM 2021:
Senarai Ranking MRSM Terbaik Di Seluruh Malaysia (SPM 2021)
Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2021 Maktab Rendah Sains MARA Berdasarkan Pencapaian Gred Purata Maktab (GPM)
MRSM Taiping
MRSM Tun Ghafar Baba
MRSM Langkawi
MRSM Tun Abdul Razak
MRSM Alor Gajah
MRSM Johor Bahru
MRSM Kuala Kubu Bharu
MRSM Pengkalan Chepa
MRSM Kota Putra
MRSM Kuantan
MRSM Kuching
MRSM Sungai Besar
MRSM Parit
MRSM Pengkalan Hulu
MRSM Kuala Klawang
MRSM Tumpat
MRSM Bentong
MRSM Pasir Salak
MRSM Serting
MRSM Tun Dr Ismail
*Sila rujuk senarai penuh dalam lampiran di bawah
Senarai mrsm terbaik
2 MRSM Terbaik Mengikut Program
Terdapat beberapa program yang ditawarkan di MRSM iaitu:
Premier
Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
Ulul Albab
Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
IGCSE
Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
IB MYP (Middle Years Programme)
Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
Teknikal
Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
Bitara (Program Khas Pendidikan)
Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM
Mrsm terbaik
Berikut adalah 2 MRSM terbaik mengikut program:
Program BITARA
Taiping
Tun Ghafar Baba
IGCSE
Langkawi
Tun Abdul Razak
IB MYP
Tun Dr Ismail
Balik Pulau
Ulul Albab
Kota Putra
Sungai Besar
Premier
Pengkalan Hulu
Pasir Salak
Teknikal
Bentong
Info Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat penuh dan info lanjut tentang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila layari https://www.mara.gov.my/en/index/education/mjsc/mrsm-education-system-program/
BACA:
Sadio Mane guna duit hasil main bola bangunkan kampung jadi bandar