Inilah masanya untuk Tuchel balas dendam terhadap Manchester United

Inilah masanya untuk Tuchel balas dendam terhadap Manchester United

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mendedahkan dia berada “dalam kegelapan” selepas Manchester United menyingkirkan Paris Saint Germain daripada Liga Juara-Juara ketika dia mengemudi kelab dari Perancis itu.

Tuchel kini berpeluang membalas kekalahan menyakitkan berdepan United apabila skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berkunjung ke Stamford Bridge bagi saingan penting Liga Perdana tengah malam esok.

Ia akan menjadi kali kelima dalam tempoh dua tahun Tuchel berdepan United.

Pengendali berusia 47 tahun itu masih mengingati kekalahan PSG berdepan United pada 2019.

Selepas kemenangan 2-0 di Old Trafford, PSG dikejutkan di Parc des Princes tiga minggu kemudian apabila mereka memberikan penalti pada penamat saingan seterusnya kalah 3-1 dan tersingkir pada kelompok 16 terakhir menerusi gol tempat lawan.

“Saya boleh menjadi sangat jujur, selepas perlawanan itu dua hari saya berada di tempat yang gelap dan saya boleh beritahu anda saya tidak mampu bercakap dengan sesiapa sahaja dan memikirkan mengenai perkara lain berbanding kekalahan itu,” kata Tuchel.

“Itu mungkin kekalahan paling teruk saya lalui kerana ia hadir entah dari mana. Tapi ia hadir. Dua hari saya berada dalam kegelapan buat seorang jurulatih.”

Ia kekal sebagai kekalahan dirasakan paling teruk oleh bekas bos Borussia Dortmund itu namun mengakui ia terbukti menjadi pengalaman berguna.

PSG berupaya bangkit dan menang gelaran Ligue 1 sebelum Tuchel membimbing mereka ke final Liga Juara-Juara namun tewas kepada Bayern Munich musim lalu.

“Saya tidak pernah merasai perkara seperti itu,” kata Tuchel.

Chelsea, yang masih belum kalah sejak Tuchel menggantikan Frank Lampard yang dipecat pada Januari, mesti mengetepikan United untuk berada dalam kelompok empat teratas manakala pelawat perlukan kemenangan untuk mengekalkan harapan tipis mereka mengejar pendahulu, Manchester City. – AFP

Sumber : BHarian

COMMENTS