Intan Sarafina Dedah asbab Mula Berhijab

Intan Sarafina Dedah asbab Mula Berhijab

Penyanyi, Intan Sarafina mengakui sudah berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri sehingga dimasukkan ke wad pada 17 Februari lalu.

Intan, 40, atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya yang popular menerusi lagu Duhai Malam berkata, dia perlu melalui pembedahan ekoran kecederaan yang dialami itu.

“Ketika jogging di kawasan rumah saya terpijak lubang dan terus jatuh. Apabila buat pemeriksaan, tulang jari kelima kaki atau jari kelingking bahagian tengah retak. Saya terus dimasukkan ke wad dan perlu menjalani pembedahan.

“Selepas keluar hospital, rasa macam lain sangat. Memang tak boleh nak gambarkan perasaan itu. Saya berasa bersyukur sangat ibarat diberi peluang kedua. Jadi, sejak itu saya nekad untuk pakai tudung.

“Saya bulatkan hati nak berubah menjadi lebih baik dengan berhijab. Alhamdulillah, sekarang saya berasa lebih tenang. Saya berasa bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada hikmah di sebalik kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.

Intan yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketiga berkata, sebelum ini dia berasakan seperti ada yang kosong.

“Niat nak pakai tudung sudah lama, tapi saya simpan dulu. Diakui, sebelum ni memang macam ada sesuatu yang kosong. Tapi, alhamdulillah, sekarang saya lebih gembira dan tenang.

“Sebenarnya Allah nak lindung dari apa yang mungkin lebih buruk. Jadi, saya berasa syukur sangat. Alhamdulillah, sekarang saya dalam proses nak sembuh,” katanya.

kredit harian metro

COMMENTS