[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Iqbal lari malam tadi, pihak Astro cerita sesuatu yang terjadi pada Iqbal iqbal ramadhan ahmad iqbal zulkefli iqbal vida astro go astros astro awani astro on the go astro bill astro gempak [/bg_collapse]
Menepati ramalan dan ‘kehendak’ netlzen, usahawan sensasi lqbal akhirnya diumumkan sebagai peserta pertama terslngkir dari program realiti Big Stage 2022 selepas mendapat markah yang terendah.
Kelibat Iqbal Tldak Muncul Di Sidang Media.Seperti kebiasaan dalam mana-mana program secara langsung, sesi sidang media akan diadakan usai tamatnya program tersebut.
Namun, kelibat Iqbal tidak muncul sehingga diberitahu oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh bahawa pelantun Hujan itu terpaksa bergegas pulang kerana secara tiba-tiba mengalami msalah kesihatan.
“Saya baru diberitahu oleh pihak produksi selepas sesi penyingkiran tadi dia (lqbal) terus dibawa pulang. Katanya, dia tk sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut ” ujar Norzeha ketika ditemui Murai.my
lqbal Hanya Dapat 9.2%
Dalam minggu kedua program realiti itu, lqbal hanya mendapat markah sebanyak 9.2% dan dituruti komen yang ‘pedas’ daripada juri tetap, Ajai. Selain mempunyai banyak kesalahan di dalam persembahannya, Ajai dengan tegas menyifatkan
Iqbal tidak mempunyai kredibiliti dan bakat sebagai seorang penyanyi.
“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan” tegur Ajai yang hanya memberikannya empat markah.
Imbas kembali, selain Ajai, Iqbal turut menerima markah rendah dari seorang lagi juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza yang memberikannya sebanyak 20 peratus. Manakala, penyanyi Aina Abdul yang diundang sebagai juri juara pula hanya memberikan Iqbal 10 peratus.
Sejak diumumkan sebagai peserta yang ke-12 Big Stage 2022, Iqbal terus dikecam hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut.
Dengan penyingkiran Iqbal, 11 peserta lain yang akan mara ke minggu seterusnya adalah Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal,Syafiq Abdillah, Megat Rahim dan Danial Chuer. Untuk info, Danial tidak dapat membuat persembahan pada minggu ini kerana mengalami dem@m panas.
BACA JUGA: Netizen dedah isteri Remy Ishak rupanya janda anak dua, ini respon tuan badan…
Amyza Adnan dan Edika Yusof ada hubungan?
Kesian pengantin, Make Up sampai tiga jam, tak sampai 10 minit dah luntur…