Isteri hamil mengidam kereta Lamborghini, rayu suami beli

Isteri hamil mengidam kereta Lamborghini, rayu suami beli

Bagi para wanita, mereka pasti melalui fasa mengidam sepanjang menjalani proses kehamilan. Selain makanan, ada juga segelintir individu memilih ‘kebendaan’ sehingga si suami berusaha untuk memenuhi permintaan mereka.

Situasi seperti itu dilalui oleh usahawan produk, Anes Ayuni apabila meminta suaminya Ahmad Weldan untuk membeli sebuah kereta mewah jenis Lamborghini bernilai RM3 juta.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu memberi alasan ‘licik’ dengan mengatakan bahawa bayi sulung dalam kandungan yang ‘ingin’ memiliki kenderaan tersebut.

“Yuni mengidam sangat!

@ayunieso24Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli 😭😭 yuni mengidam sangat 😭😭😭 #fyp

♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

BACA JUGA : Isteri muda halau isteri tua keluar rumah yang dibelinya sendiri, suami hanya mampu tengok saja

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, dia yang lebih mesra dipanggil Yunie dilihat berada di pusat jualan kereta bersama suaminya bagi meninjau koleksi kenderaan yang menjadi idaman hati.

“Dah lama Yunie mengidam nak beli Lamborghini. Tapi bila sampai sana, suami tak setuju nak beli. Puas Yunie pujuk dan rayu sebab bukan Yunie yang nak, tapi baby yang nak,” tulisnya dalam video berkenaan.

Rakaman video berdurasi seminit 21 saat tersebut memaparkan gadis berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu teruja melihat salah satu model Lamborghini berwarna kuning selain cuba sedaya upaya memujuk suaminya yang berusia 19 tahun itu.

“Nak please, tengok ni. Boleh la, RM3 juta je. B (panggilan suami), baby yang nak. Sampai hati, lambat lagi tahun depan. Bukan mahal pun,” kata Yunie yang mula merajuk.

Gelagat mereka meraih hampir 833,000 tontonan selain lebih 3,500 pelbagai reaksi netizen dengan menyifatkan permintaan Yunie itu seperti bernilai RM3.

Malah, terdapat juga segelintir netizen menegur tindakan itu adalah satu pembaziran selain menasihati agar jangan terlalu menunjuk-nunjuk kemewahan di media sosial.

Sumber : https://ohmymedia.cc/bukan-mahal-pun-rm3-juta-je-isteri-hamil-rayu-suami-beli-lamborghini/

COMMENTS