Isteri kepada Misbun Sidek meninggal dunia

Isteri kepada Misbun Sidek meninggal dunia

Isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Misbun Mohd. Sidek menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.

Khabar duka itu dimuat naik laman Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia yang memaklumkan Allahyarham Datin Latifah Sidek meninggal dunia.

“Sama-sama kita panjatkan doa dan sedekahkan al-Fatihah semoga arwah ditempatkan bersama mereka yang disayangi-Nya jua. Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga,” ujar hantaran tersebut hari ini.

JIKA ANDA TERLEPAS : Naik helikopter dari KL ke Ipoh semata-mata beli nasi ganja

Allahyarham dan Misbun mendirikan rumah tangga pada tahun 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/23/isteri-misbun-sidek-meninggal-dunia/

COMMENTS